Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Hakim Negara dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutua­n

-

KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat semalam mengetuai senarai 42 penerima Darjah Kebesaran Persekutua­n 2019 daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah bersempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka.

Pada istiadat pengurniaa­n hari pertama semalam, Tengku Maimun, 60, yang dilantik memegang jawatan itu pada 2 Mei lepas menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut berangkat ke Istiadat Menghadap dan Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n itu yang berlangsun­g di Balairung Seri Istana Negara, di sini.

Tengku Maimun yang merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama memegang jawatan tertinggi badan kehakiman negara.

Turut menerima Darjah PMN ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Ismail, 58, dilantik sebagai KSN pada 29 Ogos lepas. Lulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Sarjana Pentadbira­n Perniagaan dan Doktor Falsafah dari University of Hull, United Kingdom itu telah 32 tahun berkhidmat dalam perkhidmat­an awam serta berpengala­man luas dalam bidang pengurusan ekonomi dan kewangan.

Zulkifli, 60, pula dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Jun 2018 dan pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011.

Pada tahun ini, Yang diPertuan Agong berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.

Selain tiga tokoh tersebut, istiadat pengurniaa­n hari pertama hari ini turut menyaksika­n 15 individu lain menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri iaitu Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah, Peguam Negara Tommy Thomas, Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan bekas Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Borhan Dolah.

Turut menerima, Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Kementeria­n Kewangan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir, Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Badariah Arshad, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

Penerima Darjah PSM yang lain adalah bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Seri Balia Yusof Wahi, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MFDM Holdings Sdn Bhd Datuk Seri Mahamad Fathil Mahmood, Presiden Persekutua­n PengilangP­engilang Malaysia (FMM) Datuk Soh Thian Lai, Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Prof Datuk Dr Chuah Hean Teik serta Peguam Negara Qatar Dr Ali Fetais Al-Marri.

Yang di-Pertuan Agong turut mengurniak­an Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada 21 penerima iaitu Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir, Peguam Cara Negara II Datuk Siti Zainab Omar, Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Supang Lian dan Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru See Mee Chun serta Ketua Pengarah Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia(FRIM) Datuk Dr Abd Latif Mohmod. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KURNIA: Al-Sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri kepada Tengku Maimun pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama KURNIA: Al-Sultan Abdullah mengurniak­an Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri kepada Tengku Maimun pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia