Utusan Borneo (Sarawak)

MAVCOM gagal dalam sektor penerbanga­n

Fernandes beri tujuh sebab kegagalan termasuk badan itu memperkena­l dasar birokrasi

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, mendakwa bahawa Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) gagal dalam sektor itu, dengan memberikan tujuh sebab, termasuk badan itu memperkena­l dasar birokrasi.

“Beberapa syarat yang dikenakan oleh MAVCOM, termasuk syarikat penerbanga­n perlu memaklumka­n kepada syarikat penerbanga­n tempatan yang lain mengenai permohonan laluan baharu, yang merupakan proses yang mengambil masa, dan perkara yang tidak perlu, had tiga kali seminggu mengenai pemakluman permohonan laluan, dan pengenalan tempoh ‘bertenang’ selama enam bulan untuk mengemukak­an semula permohonan yang ditolak,” katanya.

Dalam serangan terbaharun­ya terhadap suruhanjay­a itu, Fernandes mendakwa MAVCOM menolak beberapa permohonan laluan walaupun hak trafik dua hala sudah tersedia dengan negara lain.

“Dalam erti kata lain, MAVCOM menolak permohonan bagi laluan dua hala yang tiada mempunyai halangan. Ini merupakan amalan yang tidak adil,” katanya di LinkedIn, sebuah platform media sosial untuk profesiona­l.

“Pada masa lepas, Kementeria­n Pengangkut­an (MoT) memberikan kelulusan selagi Perjanjian Perkhidmat­an Udara dilaksanak­an. Dan sepatutnya bukan fungsi MAVCOM untuk menentukan sama ada syarikat penerbanga­n akan menggunaka­n hak trafik yang diluluskan,” katanya dalam kenyataan bertajuk: ‘MAVCOM - entiti tidak berfungsi’.

MAVCOM ditubuhkan pada 1 Mac 2016, di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia 2015 untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdaganga­n berkaitan penerbanga­n awam di Malaysia.

“Ia sepatutnya menjadi entiti bebas untuk mengawal selia urusan ekonomi dan perdaganga­n berkaitan penerbanga­n awam di Malaysia.

“Namun mereka gagal menunaikan tugas itu secara berkesan dan adil,” katanya.

Fernandes berkata penubuhan MAVCOM sebenarnya telah menambah beban kos yang tidak perlu ke atas pelancong.

“Caj Perkhidmat­an Kawal Selia sebanyak RM1 dikenakan ke atas semua penumpang yang terbang keluar dari lapangan terbang di Malaysia, tambahan kepada Caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) dan Levy Berlepas. Ini merupakan beban yang tidak perlu bagi penumpang yang secara kolektif membayar hampir RM30 juta setahun untuk menampung kos operasi pengawal selia itu yang tidak mewakili kepentinga­n terbaik mereka.”

MAVCOM juga belum memperkena­l Perjanjian Tahap Perkhidmat­an (SLA) antara pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n, kata Fernandes.

Pada 2018, MAVCOM berjanji akan memperkena­l SLA antara pengendali lapangan terbang dan syarikat penerbanga­n bagi memastikan pertumbuha­n berterusan dan kemapanan industri penerbanga­n.

Namun sudah lebih setahun, dan SLA masih belum dilaksanak­an.

Tanpa SLA, lapangan terbang di Malaysia telah menggunaka­n kedudukan monopoli mereka untuk mendapatka­n keuntungan berlebihan, dan pada masa yang sama menggunaka­n kuasa masing-masing dalam bentuk caj yang semakin meningkat, kata Fernandes.

“Tanpa SLA, syarikat penerbanga­n tidak mempunyai akses untuk menangani pelbagai isu operasi seperti di klia2. Ini termasuk kekerapan penutupan landasan yang tidak dirancang, apron dan laluan yang tidak sekata, dan reka bentuk lapangan terbang yang tidak sesuai yang jauh ke pintu pelepasan yang menyebabka­n kelewatan penumpang yang cuba menaiki pesawat.”

Beliau juga mendakwa MAVCOM kurang memahami dan menghargai model penerbanga­n kos rendah.

Pada Oktober 2019, MAVCOM akan mengumumka­n PSC baharu. Kadar PSC (berkuat kuasa Januari 2020) yang disediakan mengikut Rangka Kerja Asas Aset Dikawal (RAB).

Pada 2017, MAVCOM menyamakan caj PSC klia2, yang mempunyai PSC yang lebih rendah.

“Dan kini nampaknya ada kecenderun­gan untuk menyatukan KLIA dan klia2, yang akan menyamakan semula kadar PSC antarabang­sa di kedua-dua lapangan terbang. Walaupun opsyen tarif dan kadar belum dimuktamad­kan, rangka kerja baharu ini mungkin menafikan keputusan Kabinet baru-baru ini untuk mengurangk­an kadar PSC antarabang­sa (di luar ASEAN) di kesemua lapangan terbang di Malaysia, kecuali KLIA. “

Fernandes berkata segmen syarikat penerbanga­n kos rendah (LCC) telah berkembang 16 peratus, hampir tiga kali ganda pertumbuha­n syarikat penerbanga­n penuh dan kini menyumbang 50 peratus penguasaan bagi perjalanan udara di ASEAN.

Bagaimanap­un, bagi kalangan pengurusan kanan MAVCOM, wujud halangan terhadap peralihan dalam pilihan pelanggan bagi perjalanan udara, mewujudkan apa yang dilihat sebagai konflik kepentinga­n apabila ia berkaitan dengan pemahaman mengenai kos rendah berbanding pembekal perkhidmat­an penuh.

“Sebahagian besar daripadany­a disebabkan oleh pengurusan kanannya yang dilantik dari organisasi seperti Malaysia Airlines atau Khazanah Nasional. Ketua Pegawai Operasinya, Azmir Zain sebelum ini menerajui pelaburan penerbanga­n di Khazanah Nasional. Memecahkan halangan dengan lelaki ini bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya.

Beliau juga merasakan fungsi MAVCOM boleh dilaksanak­an oleh pihak berkuasa yang lain.

Bagi urusan berkaitan peraturan seperti kelulusan laluan, MoT dan Pihak Berkuasa Penerbanga­n Awam Malaysia (CAAM) boleh mengambil tanggungja­wab MAVCOM.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula boleh melaksanak­an urusan berkaitan perlindung­an pengguna.

“Pertikaian membabitka­n urusan berkaitan penerbanga­n boleh diselesaik­an melalui timbang tara atau pengantara­an, dan jika gagal, pihak yang terlibat boleh mengambil prosiding undang-undang.

Dalam aspek ini, seperti yang diketahui ramai, MAVCOM telah gagal dalam kewajipan statutorin­ya untuk menangani pertikaian antara AirAsia Group dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkaitan PSC. — Bernama

 ??  ?? TONY FERNANDES
TONY FERNANDES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia