Utusan Borneo (Sarawak)

Azmin di UAE untuk mesyuarat mengenai tenaga

-

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi Malaysia pada Rundingan Meja Bulat Peringkat Menteri Mengenai Tenaga Asia(AMER8)kalikelapa­ndan Kongres Tenaga Dunia ke-24 (WEC24), sempena lawatan kerjanya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Delegasi Malaysia akan mengambil bahagian secara aktif dalam semua sesi di AMER8 dan WEC24 dengan bertukar dan berkongsi pandangan, idea dan perspektif baharu mengenai teknologi baharu danpenyele­saiansecar­ainovatif dalam menangani isu trilemma bagi jaminan tenaga, kelestaria­n dan kemampuan, dengan perwakilan dari 62 negara.

Menurutken­yataan,ketibaan Azmin disambut oleh Menteri Tenaga dan Industri UAE, Suhail Al Mazrouei. Keduadua menteri itu mengadakan perbincang­an yang produktif dan menarik mengenai bidangbida­ng yang berpotensi bagi jalinan kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan selanjutny­a antara Malaysia dan UAE.

Bidang yang dibincangk­an termasuk penyertaan syarikat UAE dalam projek infrastruk­tur awam Malaysia.

Azmin turut diberi penghormat­an mengadap Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga Timbalan Komandan Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE, kata kenyataan itu.

Pertemuan itu adalah susulan lawatan khas Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddinA­l-MustafaBil­lah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada Jun 2019, yang telah membuka jalan bagi kerjasama ekonomiyan­glebihbaik­dengan UAE, yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia