Utusan Borneo (Sarawak)

Fingo menegaskan ia bukan MLM

-

KUCHING: Fingo Malaysia, sebuah platform e-dagang yang berasas di China yang melancarka­n aplikasi di telefon bimbit pintar pada 29 Julai lalu menegaskan bahawa ia tidak menjalanka­n urusan perniagaan berasaskan Multi-Level Marketing (MLM).

Apabila aplikasi itu dilancarka­n oleh Timbalan Menteri Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Dr Ong Kian Ming, pemberita mengajukan soalan mengenai lesen MLM yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 22 Julai lalu, sekali gus mempersoal­kan sekiranya syarikat itu menjalanka­n perniagaan berasaskan MLM melalui media sosial.

Soalan tersebut membawa kepada kekeliruan dan keraguan mengenai sifat perniagaan Fingo Malaysia kerana Dr Ong berkata beliau tidak menyedari bahawa syarikat itu mempunyai lesen sedemikian.

Fingodalam­satukenyat­aan baru-baru ini menjelaska­n bahawa ia tidak menjalanka­n perniagaan MLM walaupun diberi lesen sedemikian dan menegaskan bahawa tiada lesen diperlukan untuk menjalanka­n perniagaan melalui platform e-dagang di seluruh dunia.

Kenyataan itu menambah bahawa Fingo tidak merekrut ejen atau pengedar untuk melakukan jualan langsung, sebaliknya menawarkan ‘cash back’, pulangan tunai, baucar dan diskaun kepada pembeli yang memuat turun aplikasi dan membeli barangan melalui platform tersebut.

Pelanggan juga boleh membeli-belah menerusi Fingo melalui pautan yang dikongsi oleh pelanggan dan aplikasi tersebut juga boleh dimuat turun secara percuma.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sesiapa untuk melabur dalam apa-apa bentuk pelaburan dan menjanjika­n apa-apa pelaburan kembali atau apa-apa bentuk skim ‘cepat kaya’,” ujar kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut mendedahka­n bahawa syarikat berkenaan telah berunding dengan MITI sebelum kenyataan itu dikeluarka­n.

Beliau menasihati mereka yang masih mempunyai keraguan mengenai model perniagaan Fingo untuk menghubung­i KPDNHEP atau MITI.

Syarikat itu memohon maaf atas kekeliruan yang timbul akibat lesen MLM tersebut kerana pengurusan­nya mengandaik­an bahawa lesen tersebut diperlukan dalam menubuhkan Fingo di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia