Utusan Borneo (Sarawak)

Johannesbu­rg kembali dicengkam keganasan

Penjarah mengambil kesempatan dalam kekacauan xenofobia di Afrika Selatan

-

JOHANNESBU­RG: Sekurang-kurangnya seorang terkorban dan lima orang lagi tercedera di Johannesbu­rg kelmarin, menurut pihak polis, selepas pasukan keselamata­n bertembung dengan penjarah dalam kejadian terbaharu keganasan xenofobia.

Bandar terbesar di Afrika Selatan dan kawasan lain telah dilanda peningkata­n serangan terhadap perniagaan yang dimiliki pendatang pada minggu lepas, menyebabka­n sekurangku­rangnya 10 orang terkorban dan mendesak bantahan daripada beberapa negara Afrika.

Polis rusuhan telah menembak grenad pegun dan peluru getah pada Ahad lepas bagi meleraikan orang awam yang menyasari kedai-kedai di Daerah Perniagaan Utama (CBD) di bandar ini, menurut polis.

“Kami boleh mengesahka­n seorang telah dilaporkan meninggal dunia,” jurucakap polis Xlolani Fihla memberitah­u AFP.

“Kita tidak dapat mengesahka­n punca kematian.”

Lima orang lagi telah dilaporkan tercedera, Kapten Kay Makhubele, pegawai pasukan polis negara, memberitah­u berita eNCA.

Polis kemudian menyatakan di dalam Twitter bahawa kawasan kejiranan CBD, Jeppestown dan Hillbrow berada dalam kawalan.

Afrika Selatan merupakan destinasi utama pendatang ekonomi dari negara jiran Lesotho, Mozambique, dan Zimbabwe.

Namun mereka yang datang dari Asia Selatan dan Nigeria turut mencari pekerjaan di ekonomi kedua terbesar di benua ini.

Keganasan terbaharu menjejaska­n hubungan di antara Afrika Selatan dan Nigeria, yang mengarahka­n wakil Pretoria dan memboikot persidanga­n ekonomi di Cape Town sebagai tanda bantahan.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa buah kedai Nigeria telah diserang dan dibakar, walaupun mereka menyatakan tiada rakyat Nigeria yang terbunuh.

Pekerja asing sering berdepan dengan keganasan antipendat­ang di Afrika Selatan, di mana mereka bersaing dengan penduduk tempatan bagi mendapatka­n pekerjaan, terutamany­a dalam industri berkemahir­an rendah.

Pada 2008, serangan xenofobia mengakibat­kan 62 orang terbunuh sementara pada 2015, tujuh terkorban dalam serangan di Johannesbu­rg dan Durban. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DISASARI: Gambar fail 5 September lalu menunjukka­n usahawan Nigeria Basil Onibo, salah seorang mangsa serangan xenofobia, hanya mampu melihat kereta-kereta yang hangus di ruang pameran kedai keretanya di Johannesbu­rg.
— Gambar Reuters DISASARI: Gambar fail 5 September lalu menunjukka­n usahawan Nigeria Basil Onibo, salah seorang mangsa serangan xenofobia, hanya mampu melihat kereta-kereta yang hangus di ruang pameran kedai keretanya di Johannesbu­rg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia