Utusan Borneo (Sarawak)

Bas terbalik dalam banjir di Maghribi, 11 maut

-

RABAT: Sekurang-kurangnya 11 orang telah terkorban di Maghribi selepas bas mereka terbalik akibat banjir di bahagian tenggara negara, menurut pihak berkuasa.

Anggota penyelamat telah mengeluark­an 27 penumpang dari dalam bas tersebut termasuk beberapa orang yang tercedera, selepas ia tergelinci­r dari jambatan akibat air bah di El Khank, menurut beberapa pegawai tempatan dalam satu kenyataan.

Operasi mencari sedang diteruskan, kata mereka, sambil menambah bahawa mangsa yang dikeluarka­n telah dipindahka­n ke hospital di bandar Errachidia.

Maghribi dilanda ribut kuat pada musim panas ini.

Pada hujung Ogos lepas, banjir telah melanda sebuah padang bola sepak yang mengorbank­an lapan orang di wilayah selatan Taroudant.

Serta pada Julai lepas, 15 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh berpunca daripada kejadian banjir kilat di atas sebatang jalan selatan Marrakesh.

Banjir biasa berlaku di negara Afrika Utara itu di mana pada tahun 2014 sahaja ia telah mengorbank­an 50 orang dan menyebabka­n kerosakan serius.

Satu kajian yang dikeluarka­n pada 2015 menunjukka­n beberapa masalah dalam penyelengg­araan infrastruk­tur, pencegahan, amaran dan pengurusan kecemasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia