Utusan Borneo (Sarawak)

Chalamet dalam kisah Shakespear­e bersama Lily-Rose Depp

- Oleh Fiachra Gibbons

BINTANG pujaan Hollywood Timothee Chalamet baru-baru ini berkata dia “begitu takut” untuk membawa watak Henry V dalam sebuah filem Shakespear­e baharu yang epik bagi generasi milenium.

Pelakon berusia 23 tahun yang dicalonkan untuk anugerah Oscar itu membawa watak ciptaan pujangga tersebut yang paling ranggi, Putera Hal, bersama teman wanitanya yang sebenar Lily-Rose Depp sebagai Catherine dari Valois dalam ‘The

King’, yang mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Venice.

Sambil mengakui dia lebih biasa dengan “pedang cahaya daripada pedang logam”, bintang Amerika itu berkata ia “amat menakutkan bagi saya” untuk membawa watak raja Inggeris pada abad ke-15 yang menang ke atas Perancis dalam lumpur dan darah perang ‘Battle of Agincourt’.

“Ia adalah baharu sama sekali bagi saya untuk melakukan aksi ngeri. Ia adalah purba,” kata bintang ‘Call Me By Your

Name’ mengenai adegan pertarunga­n ganas yang dibuat dalam masa dua minggu dalam kepanasan 40 darjah Centigrade di Hungary.

Filem itu menggabung­kan semua pementasan Henry dari Shakespear­e menjadi satu kisah panjang mengenai putera penyangak yang suka minum arak dan bersukaria itu dan sebenarnya tidak mahu menjadi raja tetapi dipaksa memegang kuasa pada waktu pergolakan yang dahsyat.

Pengarah dari Australia, David Michod, mengakui dia menggunaka­n teks berkenaan, salah satu mitos asas bagi nasionalis­me Inggeris, dengan kebebasan yang ekstrim.

“Kami mereka-reka banyak perkara, saya tidak dapat ingat apa yang benar, apa yang Shakespear­e dan apa yang datang dari kami,” katanya kepada pemberita.

Chalamet berkata cerita itu ada banyak perkara untuk disampaika­n kepada golongan muda, termasuk kerana kebanyakan watak penting adalah seusianya dan “masih mencari-cari personalit­i mereka”.

Dan dia membayangk­an bahawa pemimpin Korea Utara yang muda Kim Jong-Un berada dalam fikirannya ketika dia bersiap-sedia untuk watak tersebut.

“Ketika itu, kuasa dipegang oleh orang yang luar biasa muda … dan terdapat sesuatu yang hampir meresahkan dalam perkara tersebut,” tambah pelakon itu.

“Terdapat kiasan moden dalam dunia. Saya tidak akan melaungkan­nya tetapi terdapat orang pada hari ini yang memegang kuasa kerana keturunan – yang mungkin memiliki sifat-sifat murni, tetapi kita tidak tahu – tetapi selalunya menggunaka­n kuasa dengan cara yang menakutkan.”

Pelakon pujaan ramai dari Britain, Robert Pattinson, membawa watak yang mencuri apabila kaum wanita tidak diberi kuasa dan tidak ada pilihan berhubung kehidupan mereka sendiri. Cara Catherine menuai kuasanya dan menggunaka­nnya dengan cara yang sangat tenang dan keyakinan dan kekuatan yang tinggi bergema dengan waktu pemerkasaa­n sekarang, tambahnya. — AFP

 ??  ?? tumpuan sebagai ‘Dauphin’ berambut panjang yang jahat dari Perancis, dan dibelasah dengan teruk di Agincourt, dan pengarah Michod berkata dia telah memberi watak itu “kilauan” tertentu.
Depp, 20, anak kepada Johnny, yang membintang­i filem arahan Ciro Guerra
‘Waiting for the Barbarians’,
berkata filem Netflix itu “banyak bercakap mengenai kuasa”.
“Ia adalah waktu
tumpuan sebagai ‘Dauphin’ berambut panjang yang jahat dari Perancis, dan dibelasah dengan teruk di Agincourt, dan pengarah Michod berkata dia telah memberi watak itu “kilauan” tertentu. Depp, 20, anak kepada Johnny, yang membintang­i filem arahan Ciro Guerra ‘Waiting for the Barbarians’, berkata filem Netflix itu “banyak bercakap mengenai kuasa”. “Ia adalah waktu
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia