Utusan Borneo (Sarawak)

Promosi berterusan Tourism Malaysia tarik lebih ramai ketibaan pelancong Jepun ke Malaysia

-

KYOTO (Jepun): Usaha berterusan Tourism Malaysia mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelanconga­n di Jepun, membantu meningkatk­an jumlah ketibaan pelancong Jepun ke Malaysia.

Timbalan Pengarah Pelanconga­n Malaysia di Pejabat Osaka, Shahrulnaz­ri Shaharuddi­n berkata sejak Januari hingga Jun tahun ini, ketibaan pelancong Jepun di Malaysia meningkat 5.6 peratus kepada 195,561.

“Pengenalan Mega Pelanconga­n Malaysia yang dilakukan beberapa kali sejak awal tahun ini, sudah membuahkan hasil,” katanya kepada media Malaysia dalam temu bual di sini.

Beliau berkata media dan orang yang berpengaru­h yang menyertai program menulis dan memuat naik cerita, terutama mengenai pengalaman perjalanan mereka ke Malaysia, kebanyakan­nya di media sosial, telah membantu menjangkau demografi yang lebih muda, dan menggalakk­an mereka untuk meneroka destinasi berkenaan.

Beliau berkata, pejabat Tourism Malaysia di Tokyo dan Osaka juga sentiasa memuat naik berita dan cerita di semua media sosial bagi memastikan orang ramai mengetahui maklumat terkini apa yang sedang berlaku di Malaysia dan aktiviti yang boleh dilakukan di negara itu.

“Maklumat berterusan di media sosial menunjukka­n bahawa Tourism Malaysia aktif berkongsi maklumat terkini dan peristiwa yang berlaku di Malaysia, memastikan keterlihat­an Malaysia sentiasa berterusan di media sosial,” katanya.

Beliau berkata program lawatan sekolah merupakan satu lagi usaha Tourism Malaysia di Jepun untuk mempromosi Malaysia ke semua sekolah dan kolej bagi marancang percutian tahunan mereka.

“Lawatan sempena cuti sekolah merupakan sebahagian daripada kurikulum pendidikan Jepun, dengan pelajar akan berjalan sama ada di dalam atau di luar negara untuk tempoh masa tiga hingga empat malam, bergantung kepada umur pelajar, kos dan bilangan pelajar,” katanya.

Beliau berkata satu lagi faktor penyumbang ialah cuti lanjutan, Cuti Emas, pada awal Mei sempena hari penurunan takhta Maharaja Jepun.

“Cuti Emas lanjutan ini merupakan cuti panjang tahunan lima hingga tujuh hari, namun tahun ini, minggu Emas disambut selama 10 hari sempena istiadat turun takhta dan istiadat naik takhta Maharaja Jepun pada akhir April apabila kerajaan mengumumka­n ia sebagai cuti umum,” katanya.

Berikutan cuti panjang, kebanyakan destinasi jarak jauh dan sederhana dijual pada harga yang lebih tinggi dan kebanyakan­nya telah terlebih dahulu ditempah lebih awal.

Sementara itu, beliau berkata Tourism Malaysia Jepun juga telah mengemas kini media sosial mereka - Instagram, Facebook, Twitter dan blog, dan laman web rasmi menerusi pelancaran logo Visit Malaysia 2020 (VM2020) baru-baru ini.

“Wakil jualan, ejen dan pemain industri lain diberi taklimat mengenai logo dan digalakkan untuk menggunaka­nnya semasa membuat dan menjual Pakej Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kedutaan dan agensi Malaysia lain di Jepun juga digalakkan untuk menggunaka­n logo VM2020 setiap kali mereka menjalanka­n persembaha­n atau menyertai sebarang aktiviti atau pameran.

“Jepun sentiasa menjadi penyumbang utama kepada ketibaan pelancong ke Malaysia dan dengan VM2020, lebih banyak aktiviti promosi dapat dilakukan untuk menarik lebih ramai rakyat Jepun untuk melawat Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUAI KEJAYAAN: (Dari kiri), Muhammad Wafi, Nurul, Muhammad Ilham dan Muhammad Aniq yang merupakan pasukan debat UIAM muncul Johan bagi kategori Bahasa Melayu pada Pertanding­an Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi 2019 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) malam semalam.
— Gambar Bernama TUAI KEJAYAAN: (Dari kiri), Muhammad Wafi, Nurul, Muhammad Ilham dan Muhammad Aniq yang merupakan pasukan debat UIAM muncul Johan bagi kategori Bahasa Melayu pada Pertanding­an Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi 2019 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia