Utusan Borneo (Sarawak)

USIM sediakan fasiliti khas mahu pelajar OKU terus berdaya saing

-

NILAI: Dalam usaha memastikan pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berdaya saing seiring pelajar lain, USIM bukan sahaja menyediaka­n fasiliti khas untuk mereka bahkan turut menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling dan motivasi.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani berkata USIM juga turut mewujudkan Unit Pelajar OKU di bawah pejabat Hal Ehwal Pelajar awal tahun ini yang menyediaka­n khidmat sokongan serta menguruska­n hal ehwal pelajar OKU.

Mohd Rushdan berkata kemudahan serta prasarana yang disediakan di USIM bagi menzahirka­n bahawa USIM komited dalam menyediaka­n fasiliti khas kepada pelajar OKU ini selaras dengan Dasar Inklusif OKU.

“USIM sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan pelajar OKU agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan selesa seperti mahasiswa lain dengan menyediaka­n fasiliti khas dari segi alat bantu pembelajar­an, bilik kuliah, penginapan dan kemudahan pengangkut­an bersesuaia­n dengan keperluan mereka.

“Macam di kolej kediaman ia memang mesra OKU, laluan khas di kolej kediaman dan fakulti turut disediakan, kemudahan dewan kuliah mesra OKU, tandas khas, pengangkut­an khas dan turut disediakan perkhidmat­an ‘buddy’ atau peneman kepada mereka sepanjang pengajian,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Mohd Rushdan berkata, perkhidmat­an kaunseling dan motivasi yang ditawarkan kepada pelajar OKU selain perjumpaan secara berkala dengan pengurusan tertinggi USIM adalah bagi memberi mereka peluang berkongsi rasa dan pengalaman sepanjang pengajian sekali gus membuatkan mereka ini tidak berasa tersisih.

“Pihak universiti akan sentiasa menambah baik prasarana dan kemudahan supaya lebih mesra kepada pelajar OKU bagi memberi impak positif kepada mereka selaras dengan garis panduan yang dibangunka­n Kementeria­n Pendidikan Malaysia iaitu Dasar Inklusif OKU,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaa­n Dasar Inklusif OKU, Mohd Rushdan berkata ia amat penting bagi memastikan setiap pelajar OKU mendapat hak saksama seperti pelajar normal lain ketika menuntut ilmu dalam suasana yang kondusif dan selesa.

Khamis lepas, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata semua 20 universiti awam di seluruh negara wajib melaksanak­an Dasar Inklusif Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menubuhkan Unit Perkhidmat­an OKU bermula sesi kemasukan pelajar 2019/2020.

Maszlee berkata Dasar Inklusif OKU bertujuan bagi menghapusk­an pengasinga­n pelajar OKU daripada pelajar lain selain untuk memastikan kemudahan dan sistem sokongan pendidikan berterusan diberikan kepada pelajar OKU yang berjaya mendapat tempat di universiti awam dan swasta.

Pihaknya menjangkak­an tempoh untuk pelaksanaa­n dasar itu adalah sehingga 2025 untuk semua universiti awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia