Utusan Borneo (Sarawak)

LHDN hanya perlu maklumat penderma yang menderma RM10,000 ke atas

-

PUTRAJAYA: Maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukaka­n kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah garis panduan bagi kelulusan ketua pengarah di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967, kata LHDN.

Garis panduan baharu itu telah dimuat naik pada laman rasmi LHDN di www.hasil.gov.my, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

LHDN berkata garis panduan baharu itu menggantik­an garis panduan bertarikh 15 Mei dan berkuat kuasa mulai 5 Sept mengambil kira saranan Menteri Kewangan, iaitu hanya maklumat penderma yang menderma RM10,000 dan ke atas sahaja perlu dikemukaka­n kepada LHDN berbanding maklumat penderma yang menderma RM5,000 dan ke atas sebelum ini.

LHDN turut menasihatk­an semua pihak yang memperoleh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ini agar sentiasa mematuhi setiap syarat yang telah ditetapkan dalam garis panduan tersebut bagi mengelakka­n status kelulusan mereka dibatalkan disebabkan oleh sebarang ketidakpat­uhan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia