Utusan Borneo (Sarawak)

UIAM ungguli debat diraja IPT 2019

-

ARAU: Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) mengunggul­i Pertanding­an Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2019 dalam kedua-dua kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang berlangsun­g di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra Ahad malam.

UIAM mengulangi kejayaan itu selepas memenangi keduadua kategori pada 2007.

Bagi kategori Bahasa Malaysia, pendebat UIAM menewaskan pasukan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan usul ‘Demi Perkara 152, Dewan Ini Akan Memberi Mandat Penguatkua­saan’.

Untuk kategori Bahasa Inggeris, UIAM menewaskan pasukan Universiti Malaya (UM) dengan usul ‘This House Prefers a Malaysia with a Singular National Identity as Opposed to a Multicultu­ral Identity’.

UIAM membawa pulang hadiah wang tunai, trofi, dan piala pusingan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l selaku Tuanku Canselor UniMAP berkenan mengurniak­an hadiah kepada pemenang pertanding­an yang berlangsun­g dari 5 hingga 8 Sept melibatkan 24 universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah mahu supaya aura debat dimiliki pelajar bagi membolehka­n percambaha­n idea baharu dalam kalangan generasi muda ke arah memantapka­n pelbagai aspek seperti kekeluarga­an, pendidikan, pekerjaan dan daya saing negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia