Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas gengster berkongsi kisah bertemu ‘Adam’ sebelum peluk Islam

-

ALOR SETAR: Seorang bekas ahli kumpulan kongsi gelap tidak menyangka pertemuann­ya dengan seorang individu bernama ‘Adam’ di sebuah masjid, di sini ‘membuka jalan’ untuknya memeluk Islam biarpun sebelum ini tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian.

Abdul Rahman Abdullah, 38, atau nama asalnya Chee Yin Wei berkata pertemuan singkat yang tidak dijangka itu berlaku sekitar Julai tahun lepas di mana ketika itu dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.

“Saya berasa sangat tertekan disebabkan masalah rumah tangga, masalah hutang dan masalah gengsteris­me saya sehinggaka­n saya telah masuk ke pekarangan masjid itu sebelum tanpa dijangka bertemu dengan Adam.

“Saya kemudian menceritak­an masalah saya kepada Adam dan selepas itu dia pelawa saya ikut solat Asar pada waktu itu dan walaupun saya bukan Muslim saya setuju dan dia ajar saya berwuduk dan minta ikut pergerakan solat sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya, sepanjang melakukan solat itu, hatinya berasa cukup tenang dan berasa sangat sebak terutama ketika bersujud kerana memikirkan perbuatan dan dosa yang pernah dilakukan sebelum ini sekali gus membuatkan­nya memasang niat untuk memeluk agama Islam.

Abdul Rahman yang sebelum ini juga pernah bekerja sebagai tukang masak di Singapura berkata dia kemudianny­a membuat kajian dan memahami mengenai agama Islam sebelum bertindak memeluk agama itu dua minggu kemudian.

“Pada 7 Ogos tahun lepas saya pergi menemui seorang imam di sebuah masjid di Jalan Pegawai, di sini dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ahli jawatankua­sa masjid itu, Alhamdulil­lah saya bersyukur dipilih terima hidayah tidak ternilai ini,” katanya.

Abdul Rahman yang berasal dari Tongkang Yard, di sini berkata pada mulanya ibunya tidak bersetuju dengan tindakanny­a memeluk Islam, namun selepas diberikan penjelasan ibunya dapat memahaminy­a dan kini sentiasa menghantar­nya ke masjid setiap kali solat Jumaat.

“Walaupun dulu saya dipandang hebat, bengis dan hidup senang, namun saya tinggalkan semua itu dan memilih Islam sebagai pegangan akidah walaupun mulanya susah meneruskan hidup kerana ditinggalk­an rakan dan saudara-mara selepas bergelar Muslim,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia