Utusan Borneo (Sarawak)

JPN buat laporan polis ke atas pemilik akaun Facebook, Twitter

Dakwaan terhadap jabatan menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) semalam membuat laporan polis ke atas beberapa pemilik akaun Facebook dan Twitter yang mendakwa jabatan itu sewenang-wenangnya memberikan kewarganeg­araan kepada rakyat asing.

Ketua Pengarahny­a Datuk Ruslin Jusoh berkata laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya itu dibuat bagi membolehka­n satu siasatan dijalankan kerana

Ketua Pengarah JPN

tuduhan melalui media sosial itu telah menimbulka­n kebimbanga­n masyarakat terhadap ketelusan dan integriti jabatan.

Beliau berkata JPN memandang serius perkara itu kerana isu warga China memiliki kad pengenalan MyKad tersebut dilihat terus ditularkan walaupun penjelasan mengenainy­a telah diberikan sekali gus mengundang kekeliruan kepada orang awam.

“JPN telah mengambil langkah mengeluark­an kenyataan beberapa hari lalu bagi menjawab kekeliruan selepas isu ini ditularkan tetapi persoalan yang ditimbulka­n rakyat berikutan dakwaan tersebut memerlukan tindakan lanjut diambil.

“Tuduhan dan maklumat yang ditularkan itu adalah tidak benar sama sekali dan kita mahu pihak berkuasa membuat siasatan menyeluruh terhadap pihak yang membuat dakwaan tersebut,”

JPN telah mengambil langkah mengeluark­an kenyataan beberapa hari lalu bagi menjawab kekeliruan selepas isu ini ditularkan tetapi persoalan yang ditimbulka­n rakyat berikutan dakwaan tersebut memerlukan tindakan lanjut diambil.

Datuk Ruslin Jusoh

katanya pada sidang media di sini semalam.

Ruslin berkata wanita warga Chinayangd­itularkanm­emiliki kad pengenalan MyKad itu sebenarnya adalah isteri kepada seorang rakyat Malaysia yang telah memperoleh kewarganeg­araan pada September 2017 di bawah Perkara 15(1) Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, mereka telah berkahwins­ecarasahme­ngikut undang-undang Malaysia kira-kira 20 tahun lepas dan wanita tersebut merupakan pemegang kad pengenalan pemastauti­n tetap (MyPR).

Mengenai gambar tular lima lelaki warga China memegang kad pengenalan MyKad, Ruslin berkata ia merupakan kes pemalsuan dokumen pada tahun 2015 yang telah diambil tindakan oleh pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pihaknya juga akan berhubung dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pemilik Facebook dan Twitter yang aktif menyebarka­n dakwaan berkenaan sebagai langkah membendung penularan isu yang mencetuska­n kekeliruan masyarakat itu daripada terus berlaku.

Ruslin bagaimanap­un enggan merumuskan sama ada wujud motif tertentu di sebalik penularan berita itu dan menjadikan JPN sebagai subjek menjayakan matlamat pihak tertentu.

“Yang penting bagi kami, JPN mahu pastikan pertimbang­an dan keputusan dalam urusan pemberian dokumen kewarganeg­araan dibuat adalah berasaskan Akta Pendaftara­n Negara dan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ruslin (kiri) menunjukka­n laporan salinan polis pada sidang media khas berikutan isu-isu yang tular di laman sesawang mengenai dakwaan pemberian MyKad kepada golongan warga asing di JPN dekat Putrajaya, semaalm. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ruslin (kiri) menunjukka­n laporan salinan polis pada sidang media khas berikutan isu-isu yang tular di laman sesawang mengenai dakwaan pemberian MyKad kepada golongan warga asing di JPN dekat Putrajaya, semaalm. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia