Utusan Borneo (Sarawak)

Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita

-

KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada penunggang motosikal terutama jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ untuk tidak mengubah suai motosikal tanpa kebenaran kerana ia menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengarah (Penguatkua­saan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati melakukan kesalahan itu.

“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku... ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.

“Trend ini dalam pemerhatia­n pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju... kenapa perlu ditingkatk­an lagi kelajuanny­a? Ini akan datangkan musibah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui menjalani Ops Khas Kenderaan Perdaganga­n di Plaza Tol Duta di sini, malam kelmarin.

Mengulas mengenai operasi malam kelmarin Mohd Nadzri berkata 1,384 saman dikeluarka­n terhadap pemandu kenderaan perdaganga­n dalam operasi yang bermula sejak Selasa sehingga malam kelmarin, dan menurutnya dalam tempoh itu juga, 18 pemandu berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan kerana positif dadah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia