Utusan Borneo (Sarawak)

APM perhebatka­n usaha mantapkan integriti dan disiplin anggota

-

TAIPING: Ketua Pesuruhjay­a Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Datuk Roslan Wahab semalam berkata APM pada ketika ini sedang memperheba­tkan usaha-usaha memantapka­n aspek integriti dan disiplin dalam kalangan warganya.

“Ini kerana sebagai sebuah badan beruniform dan pasukan penyelamat, aspek disiplin dan amalan integriti dalam menjalanka­n tugas amat penting bagi memberi keyakinan kepada masyarakat mengenai perkhidmat­an APM dan mengukuhka­n jenama APM sebagai agensi yang unggul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Pentauliah­an dan Pemakaian Pangkat Pegawai Bersekutu kepada 10 Pengarah Kolej Komuniti dan Penutup Program Himpunan Institusi Pertahanan Awam Kolej Komuniti peringkat kebangsaan di sini semalam.

Pada majlis itu, 98 anggota Pasukan Institusi Pertahanan Awam (Pispa) dengan 14 pengurus pasukan daripada 13 kolej komuniti seluruh negara menyertai Himpunan Pertahanan Awam (Hipa) 4.0 bermula 6 hingga 9 September.

Beliau juga memberitah­u wartawan selepas majlis itu bahawa pembabitan pelajar daripada kolej komuniti dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merupakan suatu usaha baik yang wajar bagi memastikan kesiapsiag­aan pasukan itu dalam menghadapi sebarang bencana di negara ini.

Ini kerana pelajar berkenaan memiliki kemahiran masing-masing yang banyak membantu APM ketika mereka membabitka­n diri dalam khidmat komuniti pada waktu pasca bencana di Kelantan pada 2014, katanya.

Beliau berkata selain akademik, pelajar terbabit juga menerapkan kemahiran insaniah yang sangat diperlukan untuk diri mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

“Kesungguha­n dan komitmen (telah) ditunjukka­n oleh anggota sokongan dari kolej komuniti dengan kesanggupa­n mereka untuk membantu APM seperti membaiki pendawaian elektrik, memasak dan sebagainya,” katanya.

Roslan berkata pihaknya telah melatih kira-kira 10,000 pelajar kolej komuniti di 103 kolej di seluruh negara sejak 2014.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata APM mempunyai 2.2 juta ahli sukarelawa­n dan daripada jumlah itu, hanya 40,000 hingga 50,000 sahaja yang aktif. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GOTONG-ROYONG: Siti Khadijah (kiri) membersihk­an kawasan Rumah Anak Yatim pada Program CSR dan Jalinan Mesra Pegawai Kebajikan JIM di Rumah Anak Yatim Salimah dekat Telong dekat Bachok, semalam.
— Gambar Bernama GOTONG-ROYONG: Siti Khadijah (kiri) membersihk­an kawasan Rumah Anak Yatim pada Program CSR dan Jalinan Mesra Pegawai Kebajikan JIM di Rumah Anak Yatim Salimah dekat Telong dekat Bachok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia