Utusan Borneo (Sarawak)

Jorginho pastikan The Azzurri ‘selangkah’ ke Euro 2020

Tendangan penalti perancang Chelsea itu bantu Itali benam Finland 2-1 di Tampere, catat kemenangan ke-6 berturut-turut

-

TAMPERE, Finland: Jorginho memastikan Itali menghampir­i kelayakan ke Euro 2020 dengan tendangan penalti kemenangan untuk menewaskan pesaing terkuat, Finland 2-1 Ahad lepas sekali gus mengekalka­n rekod sempurna mereka dalam kempen kelayakan.

Penalti Jorginho pada minit ke-79 di Tampere memberikan kemenangan keenam berturut-turut untuk skuad kendalian Roberto Mancini dan membolehka­n mereka kini berkelebih­an enam mata berbanding Finland dalam Kumpulan J, selepas Teemu Pukki mengikat kedudukan buat Finland dari gol pembukaan Ciro Immobile enam minit sebelum itu.

Dengan dua pasukan layak dari setiap pasukan, Itali mengutip 18 mata penuh dengan baki empat perlawanan sahaja lagi, sembilan mata di hadapan pasukan di tangga ketiga, Armenia, yang mengejutka­n BosniaHerz­egovina 4-2 pada perlawanan awal.

Mereka boleh mengesahka­n kelayakan ke Euro 2020, yang bermula di Rom pada bulan Jun tahun hadapan, apabila menentang Greece atau Liechtenst­ein – yang seri di Athens – pada bulan hadapan.

“Perlawanan menentang Greece mungkin perlawanan yang mengesahka­n kelayakan kami dan kami berharap Stadio Olimpico dipenuhi penyokong seperti semasa Piala Dunia 1990 apabila kami masih muda,” kata Mancini.

Mancini, yang juga bekas pemain antarabang­sa Itali, menggalas tugas sebagai jurulatih selepas kegagalan Itali layak ke Piala Dunia 2018.

“Kami sedikit terjejas tetapi kami menguasai permainan,” tambah beliau.

“Secara keseluruha­nnya pemain bermain dengan baik, walaupun kami ada beberapa saat cemas ketika kedudukan terikat 1-1.

“Tetapi ada begitu banyak perkara yang saya suka, menguasai permainan di tempat lawan sememangny­a sesuatu yang sentiasa positif dan malah pemain gantian pun beraksi dengan baik.

“Sifat semula jadi permainan kami adalah sentiasa menyerang, anda boleh melihatnya malam ini apabila kami tidak memberikan banyak ruang kepada lawan.”

Finland – yang memburu kelayakan ke Euro buat kali pertama – tewas kedua-dua perlawanan menentang Itali selepas tewas 0-2 di Udine pada bulan Mac lepas.

Itali mempunyai peluang terbaik dalam separuh masa pertama, menguasai permainan menentang lawan yang menang empat dari enam perlawanan.

Penjaga gol Finland, Lukas Hradecky beraksi tangkas menepis cubaan Stefano Sensi dengan satu tandukan Immobile dari umpanan Federico Chiese tersasar.

Sensi sekali lagi terlepas peluang sebelum rehat dengan Hradecky menghadang cubaan Chiesa.

Pukki mengancam pintu gol Itali selepas rehat tetapi asakan demi asakan Itali berhasil pada minit ke-59 apabila Immobile menyempurn­akan hantaran Chiesa untuk gol pertama beliau bersama Itali sejak dua tahun.

“Saya berasa tertekan kerana tidak menjaringk­an gol bersama Itali,” kata Immobile, penyerang kelab Lazio, yang kali terakhir menjaringk­an gol antarabang­sa ialah ketika satu

perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Israel pada September 2017.

“Tetapi saya tahu gol itu akan hadir. Malam ini bukan mudah tetapi kami bermain dengan baik. Kami berasa gembira, kami bermula sekali lagi selepas kekecewaan gagal ke Piala Dunia.”

Itali dikatakan mensiasiak­an satu kemenangan apabila Sensi mengasari Pukki dalam kotak penalti, membolehka­n penyerang Norwich City itu menyempurn­akan penalti untuk mengikat kedudukan.

Bagaimanap­un, tujuh minit kemudian, Itali kembali di hadapan dengan satu lagi tendangan penalti yang disempurna­kan Jorginho selepas kekasaran dilakukan oleh Robin Lod.

Itali akan menentang Greece pada 12 Oktober di Rom pada perlawanan seterusnya. — AFP

Perlawanan menentang Greece mungkin perlawanan yang mengesahka­n kelayakan kami dan kami berharap Stadio Olimpico dipenuhi penyokong seperti semasa Piala Dunia 1990 apabila kami masih muda.

Roberto Mancini

Ketua jurulatih Itali

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT:
Jorginho (kanan) dan Pukki bersaing untuk mendapatka­n bola ketika beraksi pada perlawanan di Tampere, Finland Ahad lepas.
— Gambar AFP SENGIT: Jorginho (kanan) dan Pukki bersaing untuk mendapatka­n bola ketika beraksi pada perlawanan di Tampere, Finland Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia