Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol benam Faroe Island 4-0

-

GIJON, Sepanyol: Sepanyol membayangk­an kelayakan Euro 2020 dengan mudah menewaskan Faroe Island 40 untuk kemenangan keenam berturut-turut dengan dua gol masing-masing dari Rodrigo dan Paco Alcacer selain selesa menduduki tangga teratas Kumpulan F.

Sergio Ramos menyamai rekod Iker Casillas dengan 167 penampilan bersama Sepanyol pada malam penuh emosi di Stadium El Molinon milik kelab Sporting Gijon, yang memberikan penghormat­an kepada mendiang penyerang Sepanyol dan Sporting, Quini, sebelum sepak mula perlawanan.

Tafakur seminit dilakukan bagi menghormat­i anak perempuan bekas jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, yang meninggal dunia kerana barah bulan lepas.

Selepas itu, ia kelihatan perlawanan berat sebelah dengan Sepanyol tidak menghadapi masalah mengumpul 18 mata maksima dari enam perlawanan dan meletakkan mereka tujuh mata di hadapan pencabar terdekat, Sweden, yang seri 1-1 dengan Norway.

Romania menewaskan Malta 1-0 menerusi gol George Puscas untuk memintas Norway ke tangga ketiga dengan 10 mata.

Rodrigo membuka jaringan pada minit ke-13 walaupun berkeduduk­an ofsaid ketika menerima umpanan dari Mikel Oyarzabal.

Tetapi dengan teknologi video bantuan pengadil tidak digunakan dalam kempen kelayakan, gol itu dibenarkan pengadil.

Rodrigo menambah jaringan pada minit ke-50 pada perlawanan pertama jurulatih Robert Moreno di tempat sendiri.

Selepas itu, Alcacer pula mencuri tumpuan dengan menjaringk­an dua gol seterusnya pada lewat permainan.

Pemain tengah, Thiago Alcantara, berkata pasukan tidak bermain dengan baik seperti yang mereka mahukan kerana taktik negatif pasukan lawan.

“Ia adalah sukar pada mulanya, anda menjangkak­an sebuah pasukan seperti mereka akan bertahan sepenuhnya dan ia adalah apa yang berlaku dan kami bergelut mencari ruang,” kata beliau.

“Mereka mempunyai tiga pemain mengawal setiap pemain dan sebaik sahaja kami membuka jaringan, ia menjadi lebih mudah. Kami masih tidak selesa tetapi kami gembira dengan keputusan ini.”. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? LICIK:
Rodrigo (kanan )mempamerka­n pergerakan menarik ketika melepasi kawalan pemain pertahanan Faroe Island pada perlawanan di Stadium El Molinon, Gijon pada Ahad lepas.
— Gambar AFP LICIK: Rodrigo (kanan )mempamerka­n pergerakan menarik ketika melepasi kawalan pemain pertahanan Faroe Island pada perlawanan di Stadium El Molinon, Gijon pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia