Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan D: Switzerlan­d sentak Gibraltar 4-0, Georgia paksa Denmark kongsi mata

-

SION, Switzerlan­d: Switzerlan­d mengambil masa 37 minit untuk menembusi benteng kebal Gibraltar sebelum menang selesa 4-0 sementara Denmark dikecewaka­n oleh Georgia apabila seri tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan D kelayakan Euro 2020 Ahad lepas.

Ireland kekal di tangga teratas dengan 11 mata dari lima perlawanan, dua mata di hadapan Denmark sementara Switzerlan­d kurang satu lagi mata di tempat ketiga dan kurang satu perlawanan. Georgia mengumpul empat mata sementara Gibraltar masih tanpa sebarang mata dan juga gol.

Edimilson Fernandes mempunyai dua peluang awal untuk Switzerlan­d dan Loris Benito melihat cubaannya terkena palang sebelum Gibraltar terpaksa menukar penjaga gol mereka pada minit ke-23 selepas Dayle Coleing mengalami kecederaan dan diganti oleh Kyle Goldwin.

Pertahanan Gibraltar masih bertahan dengan baik sebelum Denis Zakaria menanduk satu tendangan sudut pada minit ke-37.

Admir Mehmedi menambah jaringan dengan satu tandukan dari hantaran lintang Fabian Schaer, pada minit ke-43 dan Ricardo Rodriguez menjaringk­an gol ketiga pada minit akhir separuh masa pertama.

Granit Xhaka mempunyai beberapa peluang untuk menjaringk­an gol selepas rehat, dengan satu cubaan cantik beliau ditepis Goldwin.

Switzerlan­d hanya mampu menambah satu gol sahaja pada separuh masa kedua tetapi dari gol sendiri Mario Gavranovic, yang tertolak rembatan Mehmedi ke pintu golnya sendiri.

Denmark dikecewaka­n oleh ketangkasa­n penjaga gol Georgia, Giorgi Loria dan juga palang gol pada perlawanan di Tbilisi.

Loria menepis dua cubaan Martin Braithwait­e ketika Denmark menguasai separuh masa pertama.

Valeri Qazaishvil­i mempunyai peluang terbaik buat Georgia dengan satu rembatan jarak jauh yang sedikit tersasar pada minit ke-76.

Pemain gantian Denmark, Christian Gytkjaer kemudian melihat rembatanny­a terkena palang dengan Loria sudah tertewas pada minit ke-82 tetapi walaupun menguasai permainan, Denmark terpaksa akur dengan keputusan seri. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK LEPAS:
Mehmedi (kiri) diasak hebat oleh pemain Gilbraltar, Liam Walker ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Stade Tourbillon, Sion Ahad lepas.
— Gambar AFP TIDAK LEPAS: Mehmedi (kiri) diasak hebat oleh pemain Gilbraltar, Liam Walker ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Stade Tourbillon, Sion Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia