Utusan Borneo (Sarawak)

Grand Prix Itali: Leclerc memastikan Ferrari melakar kemenangan pertama di tanah air

-

MONZA, Itali: Charles Leclerc memastikan kemenangan pertama Ferrari di tanah air mereka pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Itali sejak 2010 Ahad lepas apabila berjaya menangani cabaran sengit dari dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dan memenangi perlumbaan kedua berturuttu­rut beliau.

Pemandu berusia 21 tahun itu, yang memenangi perlumbaan sulung F2 beliau di Belgium minggu lepas, begitu gembira seperti ribuan penyokong Ferrari yang hadir pada perlumbaan itu.

“Saya fikir jika anda harus memenangi satu perlumbaan Grand Prix (GP) bersama Ferrari, ia sudah tentu GP Itali,” kata Leclerc selepas memenangi edisi ke-90 perlumbaan GP untuk pasukan Ferrari pada tahun ulang tahun ke-90 mereka.

“Saya datang ke sini dengan kemenangan pertama saya dan untuk memenangi perlumbaan kedua berturuttu­rut di sini bersama-sama penyokong pasukan sememangny­a luar biasa.

“Saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambar­kannya. Saya tidak pernah membayangk­annya, saya tidak pernah mengimpika­n sesuatu seperti ini – ia di atas segala-gala yang saya bayangkan dalam karier dan kehidupan perlumbaan saya untuk menaiki podium seperti ini.”

Leclerc melepasi garisan penamat di hadapan Bottas di tempat kedua dengan Lewis Hamilton di tempat ketiga, yang mengejar Leclerc hampir sepanjang perlumbaan sebelum tayar beliau hilang cengkaman.

Hamilton meminta maaf kepada Mercedes dan berkata tayar beliau “hilang kemampuan” tetapi juara bertahan itu masih memiliki kelebihan besar di senarai teratas keseluruha­n pemandu dengan kelebihan 63 mata berbanding pencabar terdekat, Bottas.

Rakan sepasukan Leclerc, Sebastian Vettel, mengharung­i hari yang malang dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 selepas menerima hukuman kerana memasuki litar secara berbahaya.

Daniel Ricciardo menduduki tempat keempat, di hadapan rakan sepasukann­ya di Renault, Nico Hulkenberg.

Pemandu baharu Red Bull, Alex Albon, Sergio Perez dari Force India dan Max Verstappen, yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas bermula di petak ke-19 untuk pasukan Red Bull.

Pemandu tempatan, Antonio Giovinazzi menduduki tempat kesembilan untuk pasukan Alfa Romeo, di hadapan Lando Norris dari McLaren, yang meneruskan kempen memberangs­angkan sebagai pemandu baharu musim ini.

Leclerc bermula baik dari petak pertama dan menangani cabaran Hamilton pada selekoh pertama, di mana Verstappen menjadi mangsa pertama dan terpaksa memasuki pit untuk menukar kerosakan pada bahagian hadapan keretanya.

Selepas berlanggar tayar dengan Albon dan Sainz, Leclerc mencipta masa terpantas dan kemudian Vettel terbabas di selekoh Ascari, merempuh Lance Stroll dari Racing Point ketika kembali ke litar.

Kedua-dua kereta mengalami kerosakan dengan Vettel memerlukan bahagian hadapan kereta yang baru dan kemudian didenda berhenti 10 saat dalam pit, menyebabka­n beliau tercicir ke kedudukan terakhir.

Menjelang pusingan ke-10, Hamilton dan Vettel diberi amaran cengkaman tayar mereka semakin kurang, dengan Hamilton memasuki pit untuk menukar ke tayar ‘sederhana’.

Beliau tercicir ke kedudukan kelima tetapi Leclerc keluar dari pit dengan tayar ‘keras’ dengan berada di hadapan Hamilton.

Kedua-dua pemandu bersaing sengit dengan Hamilton mempunyai dua cubaan untuk memintas sebelum akhirnya sedikit terbabas. “Beliau tidak memberikan ruang kepada saya,” rungut Hamilton ketika merujuk insiden beliau terbabas sedikit ke bahagian rumput tetapi masih kembali dengan berada di belakang Leclerc.

Pegawai perlumbaan bersetuju dan hanya memberikan amaran kepada Leclerc.

“Saya melakukan satu kesilapan tetapi pada akhirnya, saya menamatkan perlumbaan di tempat pertama,” kata Leclerc selepas perlumbaan.

“Tetapi saya sekarang perlu berhati-hati dengan kesilapan namun tiada seorang pun daripada mereka menghalang saya untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama hari ini.” — AFP KOTA MARUDU: Pelumba muda berbakat, Joshua Mairon menepati ramalan apabila mengunggul­i kategori remaja lelaki pada perlumbaan berbasikal Kota Marudu Urban MTB Challenge Jamboree sempena Fiesta Hobby 2019 di sini, semalam.

Pernah menduduki tempat ke-12 pada Kejohanan Basikal Bukit Remaja Asia 2018, Joshua, 18, yang menyarung jersi pasukan KM TcE dan mewakili daerah Kota Marudu, mengetepik­an rakan sepasukan Lee Jun yang menduduki tempat kedua, sementara Aaron Tang yang mewakili Kota Kinabalu di tempat ketiga.

Kategori perlumbaan sejauh 30 kilometer itu disertai paling ramai peserta pada kejohanan berkenaan melibatkan 120 peserta dari Daerah Beaufort, Telupid, Ranau, Kudat, Kota Kinabalu dan negara jemputan Brunei.

Bagi kategori lelaki veteran, Yamin Ali, 50, yang mewakili Kota Kinabalu, muncul juara manakala bekas pelumba wanita kebangsaan Natasya Soon dari Kota Kinabalu merangkul kejuaraan acara wanita terbuka.

Pelepasan perlumbaan bermula 7 pagi itu disempurna­kan Setiausaha Sulit Ketua Menteri Sabah, Francis Au.

Ia bermula di hadapan dewan komuniti Kota Marudu melalui beberapa kawasan jalan berbatu, bukit, jambatan gantung dan anak sungai meliputi Kampung Goshen, Simpangan, Lampada, Tambilaung serta Tagaroh sebelum berpatah balik ke Bandar Kota Marudu. — Bernama

 ??  ?? BERSAING: Barisan peserta yang mewakili TFC Fit Miri pada ‘Pemedian Run 2019’ di Kompleks Sukan Jerudong, Brunei semalam.
BERSAING: Barisan peserta yang mewakili TFC Fit Miri pada ‘Pemedian Run 2019’ di Kompleks Sukan Jerudong, Brunei semalam.
 ??  ?? LECLERC
LECLERC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia