Utusan Borneo (Sarawak)

Taekwondo: KTBKS meraih 10 pingat emas dan lima perak

-

SIBU: Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang Sibu (KTBKS) mengharumk­an Sarawak apabila membawa pulang sepuluh pingat emas dan lima perak pada Kejuaraan Piala Heros Taekwondo 2019 di Stadium Chinwoo, Kuala Lumpur.

Pingat emas diraih menerusi Ellis Wong, Aaron Moh, Dyllen Chieng, Richard Ling, Joseph Wong, Vanisia Moh, Elton Lau, Qistina Siti Aloyah Mohd Fadly dan Lau Chuang Dee.

Manakala perak diperolehi menerusi Clarence Chii, Wong Siew Lok, Leonardo Lau, Tommy Hii Qi dan Dyllen Chieng Neng.

Kejohanan kali keempat dianjurkan Kelab Taekwondo Heros itu disertai kira-kira 1,800 peserta dari luar negara seperti China, Singapura, Hong Kong, Indonesia, Taiwan, Thailand, Myanmar, Laos, Brunei dan India.

Naib Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS), Dato Sri Lau Keung Chai melahirkan rasa gembira dengan prestasi dan kejayaan semua atlet.

Lau merupakan penasihat KTBKS berkata, semua ahli kelab taekwondo mesti mengikut prosedur formal sekiranya ingin menyertai sebarang pertanding­an dalam mahupun luar negara.

“Semua ahli perlu meminta nasihat dan persetujua­n daripada Pengerusi Teknikal Negeri PTNS, Master Tan Check Joon.

“Senarai nama atlet ingin menyertai pertanding­an juga perlu mendapat kelulusan daripada Taekwondo Malaysia (TM) dan PTNS,” katanya pada Majlis Makan Malam meraikan kejayaan atlet-atlet taekwondo di sini kelmarin.

Tambah beliau, atlet-atlet KTBKS sudah mencapai satu tahap prestasi yang memberansa­ngkan.

“Selepas ini kita memberi tumpuan kepada pertanding­an di luar negara bagi meningkatk­an kemahiran teknikal atlet-atlet pada masa hadapan,” jelasnya.

Lau turut menghadiah­kan kuih bulan kepada atlet-atlet KTBKS sempena sambutan pesta tersebut bulan lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia