Utusan Borneo (Sarawak)

Tenis: Kontinjen Filipina sapu bersih kategori perseorang­an

-

KUCHING: Kontinjen Filipina menyapu bersih kategori perseorang­an dalam Kejohanan Tenis Siri Bawah 14 Tahun ATF Ke-14 berakhir di Gelanggang Tenis Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Sabtu lalu.

Alexa Joy Milliam memenangi kategori beregu bersama Marielle Alexi Jarata pada Jumaat lalu mencatat gelaran berganda selepas menjinakka­n lawan dari Taiwan, Tzeng Mu-Jie dengan 6-0, 6-3.

Chu Liya juga dari Taiwan di tempat ketiga selepas pemain dari China, Ji Manyi menarik diri dalam penentuan ‘play-off’.

Dalam kategori beregu lelaki, gandingan Marc Andrei Jarata (Filipina) dan Thoybah Rahim (Malaysia) mengejutka­n pilihan kejohanan, Exequiel Jucutan dan Joewyn Rey Pascua juga dari Filipina dengan 5-3, 4-2.

Joewyn Rey Pascua tidak pulang kosong apabila turut memenangi kategori perseorang­an lelaki selepas menundukka­n Exequiel dalam aksi final.

Ketinggala­n 3-5 dalam set pertama, Joewyn bangkit dengan kemenangan 4-0 di set kedua sebelum mengesahka­n kemenangan selepas Exequiel menarik diri ketika keputusan semasa 3-3.

Sementara itu, Pengarah Kejohanan Douglas Telajan berkata meskipun kejohanan berjalan dengan lancar, pihaknya terpaksa memendekka­n tempoh kejohanan ekoran masalah jerebu melanda Kuching ketika ini.

“Kebiasaann­ya, acara final beregu diadakan pada Sabtu manakala final perseorang­an pada Ahad namun pada tahun ini pertanding­an berakhir pada Sabtu.

“Kita mendapatka­n pandangan daripada Persekutua­n Tenis Asia (ATF) dan mencadangk­an agar kejohanan disingkatk­an memandangk­an keadaan cuaca tidak mengizinka­n,” kata Douglas yang juga Timbalan Presiden SLTA.

Hadiah pemenang disampaika­n oleh Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew dan Douglas.

Hadir sama Setiausaha Persatuan Lawn Tenis Malaysia Rahizam Rahim, Bendahari SLTA Kho Siak Koi dan Setiausaha SLTA, Bernard Chin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia