Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Azriq ungguli Classified Masters Terbuka Antarabang­sa Sarawak

-

KUCHING: Pemain Team Megalanes Juniors, Ahmad Azriq Izamuddin muncul juara acara Classified Masters Kejohanan Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2019 di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa dekat sini semalam.

Bagaimanap­un, Muhammad Aiman Azni bermula baik dengan mencatat jatuhan pin 246 dan 251 dalam dua pusingan awal untuk mendahului pemain Singapura, Hamid Kamin dengan 67 pin.

Muhammad Razydan Ismail dan Tsen Fan Yew turut bermula baik untuk menduduki tempat ketiga dan keempat.

Meskipun jatuhan pada set ketiga kurang baik dengan 164 pin, Aiman masih mendahului peserta lain sebelum Hamid yang mencatat jatuhan 202 pin dalam set keempat merampas kedudukan teratas dari tangan Aiman yang mencatat 174 jatuhan pin.

Pemain Singapura itu kekal mendahului selepas mencatat 200 jatuhan pin pada set kelima dengan prestasi pemain lain terus merosot.

Bagaimanap­un, ia memberi peluang kepada Ahmad Azriq dan Adri Wafiq Hussin secara perlahan naik ke tangga kedua dan ketiga.

Ahmad Azriq berjaya merampas kedudukan teratas selepas meraih 229 pin pada set keenam namun tewas kepada Adri di set ketujuh selepas pemain itu mencatat 256 jatuhan pin.

Namun, beliau berjaya merapatkan jurang pin dari 28 kepada 18 pin dalam set kelapan dan berdepan Adri di perlawanan final. Aksi final memihak kepada Ahmad Azriq dengan kemenangan 234 berbanding 215 diraih Adri.

Keseluruha­nnya, Ahmad Azriq melakukan jatuhan pin sebanyak 1893 untuk menggondol wang tunai RM12,000 manakala Adri dengan jatuhan 1892 pin berpuas hati dengan meraih RM6,000 di tempat kedua.

Muhammad Mubin Murzany dari Selangor mencatat 1887 pin menduduki tempat ketiga untuk menerima RM3,000. Tempat keempat hingga keenam dirangkul Hamid, Muhammad Razydan dan Aiman dengan meraih 1842, 1814 dan 1809 pin.

Manakala Felinda Grzybowska dari Poland, yang menerap di Selangor mengutip trofi khas sebagai satu-satunya wanita senior yang layak dalam aksi final Classified Masters.

 ??  ?? UNGGUL: Juara acara beregu lelaki bersama (dari kanan) Bernard, Kho, Douglas dan Rahizam selepas menerima hadiah masing-masing.
UNGGUL: Juara acara beregu lelaki bersama (dari kanan) Bernard, Kho, Douglas dan Rahizam selepas menerima hadiah masing-masing.
 ??  ?? TAHNIAH: Adri Wafiq Hussin, Ahmad Azriq dan Muhd Mubin Murzany bersama hadiah masing-masing.
TAHNIAH: Adri Wafiq Hussin, Ahmad Azriq dan Muhd Mubin Murzany bersama hadiah masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia