Utusan Borneo (Sarawak)

TAK MUSTAHIL MALAYSIA CIPTA KEJUTAN

Skuad Harimau Malaya harus beri komitmen, fokus sepenuhnya hadapi UAE di Stadium Bukit Jalil malam ini

-

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dengan mengatasi pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tidak mustahil buat skuad kebangsaan yang menghuni ranking ke-159 dunia untuk menewaskan pasukan ranking ke-65 itu jika semua pemain memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya dalam aksi di Stadium Nasional itu.

Beliau yang masih tidak dapat melupakan kekalahan 10-0 Harimau Malaya kepada pasukan itu pada kempen kelayakan edisi terdahulu pada 2015, iaitu kekalahan terbesar dalam sejarah buat pasukan negara, mengingatk­an pemain bahawa pasukan seperti UAE adalah antara lawan yang perlu diatasi untuk mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2023 di China.

“Saya ada beritahu dengan pemain bahawa tiada sebab untuk takut dan bermain dengan yakin. Jadi komitmen penuh dituntut dari semua pemain, terutamany­a penjaga gol dan bahagian pertahanan untuk elak dibolosi.

“Saya mahu mereka beri 100 peratus dalam perlawanan itu dan berwaspada sepanjang 90 minit perlawanan. Tak mustahil kita boleh mencipta kejutan apabila beraksi di gelanggang sendiri dan kita sekurangku­rangnya meraih satu mata dalam aksi ini,” katanya.

Hamidin turut menyeru penyokong turun ke stadium memberikan sokongan padu

Saya ada beritahu dengan pemain bahawa tiada sebab untuk takut dan bermain dengan yakin. Jadi komitmen penuh dituntut dari semua pemain, terutamany­a penjaga gol dan bahagian pertahanan untuk elak dibolosi.

Datuk Hamidin Mohd Amin

kepada pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Difahamkan bahawa lebih 12,000 tiket bagi aksi itu telah dijual secara dalam talian sehingga semalam.

Malaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan G dengan tiga mata selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi pertama Khamis lalu, manakala UAE bakal memulakan kempen malam ini.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan G, Vietnam mengikat Thailand tanpa jaringan di Bangkok.

Sementara itu, ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya tampil lebih tenang mengelak melakukan kesilapan malam ini.

Beliau menyasarka­n meraih keputusan positif berdepan pasukan di ranking ke-65 dunia itu bagi meneruskan kecemerlan­gan selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi sulung kumpulan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis lepas.

Pengendali berusia 51 tahun itu mahu barisan pemainnya memulakanp­erlawananm­alam ini dengan keyakinan tinggi dan tidak mengulangi kesilapan mudah seperti dilakukan di Jakarta menyaksika­n Malaysia terpaksa bekerja keras untuk bangkit setelah ketinggala­n hasil dua gol mudah pasukan lawan.

“Kesilapan itu perkara biasa dilakukan dalam bola sepak tetapi kesalahan besar seperti kelalaian membuat hantaran dalam kawasan sendiri yang mudah dipintas pemain lawan sehingga menyebabka­n kita dibolosi, perlu diperbaiki.

“Semua itu harus ditingkatk­an dan kita juga perlu ada keyakinan tinggi pada perlawanan ini kerana kita tahu UAE bukan pasukan yang calang-calang. Sekiranya kita membuat kesilapan sedemikian mungkin kita akan dihukum,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di sini, semalam.

Pada masa sama, Cheng Hoe menyifatka­n pemain tonggak UAE, Omar Abdul Rahman bukan satu-satunya ancaman kepada pasukan negara.

Sebaliknya, beliau mengakui tumpuan utama pasukannya pada pertembung­an itu lebih terarah kepada kemampuan keseluruha­n skuad kendalian Bert Van Marwijk.

“Mana-mana pasukan ada pemain tonggak tersendiri yang mampu buat sesuatu tetapi tumpuan kami bukan sahaja kepada satu pemain... tetapi kita lihat keseluruha­n pemain UAE yang mempunyai kualiti terbaik kerana pengalaman beraksi di pentas berbeza berbanding pasukan negara,” katanya.

Malaysia kini mengunggul­i

Presiden FAM

saingan Kumpulan G dengan mengutip tiga mata, mengatasi Thailand dan Vietnam yang berkongsi satu mata di tempat kedua dan ketiga, sementara perlawanan malam ini merupakan aksi sulung buat pasukan UAE.

Sebagai rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan UAE adalah pada Pestabola Merdeka 1982 dengan keputusan 2-1 dan kemenangan 2-0 dicatat pada Piala Asia 1980. Selain itu pasukan kebangsaan tewas dalam sembilan pertemuan dan seri sekali.

Paling tidak dapat dilupakan apabila dibelasah 10-0 kepada pasukan itu kempen kelayakan edisi terdahulu pada 2015, kekalahan terbesar dalam sejarah pasukan negara. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? LAUNG KEYAKINAN: Hamidin (tiga kiri) memberi kata-kata semangat kepada skuad negara ketika meninjau sesi latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.
— Gambar Bernama LAUNG KEYAKINAN: Hamidin (tiga kiri) memberi kata-kata semangat kepada skuad negara ketika meninjau sesi latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia