Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT PEMANCING DILAPOR HILANG DITEMUI SELAMAT

-

KUCHING: Empat pemancing dari Kampung Goebilt yang dilaporkan hilang setelah keluar ke laut ditemui selamat oleh penduduk kampung semalam.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata mangsa selamat tiba di jeti Kampung Bako sekitar jam 10.30 pagi semalam.

“Kesemua mereka berada dalam keadaan selamat. Ketika ditemui di kawasan perairan Pulau Lakei, mereka dikatakan sedang memancing dan tidak terdapat sebarang kecemasan atau kerosakan pada enjin bot,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran penemuan itu, Teh berkata, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan jam 10.30 pagi.

Tambahnya, kesemua mereka telah kembali kepada ahli keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, APMM turut melahirkan penghargaa­n kepada pihak yang terlibat seperti Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung.

Terdahulu, operasi itu dilancarka­n berikutan maklumat yang diterima daripada ahli keluarga memaklumka­n bahawa keempat-empat individu tersebut dikatakan sering melakukan aktiviti memancing dan memukat di sekitar kawasan berhampira­n Pulau Lakei, Kuching.

Manja Yusop, 47, Hadip Adam, 36, Azuan Zazul, 26 dan Fatiha Ayuni Aini, 15 sepatutnya pulang memancing pada pagi Ahad tetapi masih belum pulang ke rumah sehingga laporan polis dibuat jam 9.51 malam kelmarin.

 ??  ?? SELAMAT: Kesemua mangsa ditemui polis
untuk mendapatka­n keterangan.
SELAMAT: Kesemua mangsa ditemui polis untuk mendapatka­n keterangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia