Utusan Borneo (Sarawak)

ANGGOTA APM GUNA BALDI PADAM KEBAKARAN HUTAN

-

SRI AMAN: Sebuah kawasan hutan berdekatan Kampung STC di sini terbakar dalam kejadian lewat petang kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.02 petang.

Katanya, bertindak daripada maklumat itu sepasukan anggotanya dikerah ke lokasi kejadian membantu memadam kebakaran.

“Menurut penduduk kampung terbabit, api membakar hutan itu sebelum ini berjaya dipadamkan tetapi kawasan kebakaran masih berasap.

“Kami terpaksa menggunaka­n baldi untuk menakung air dan merentas hutan sambil mengambil daun hidup untuk memadam kebakaran kerana tiada peralatan lengkap,” katanya di sini kelmarin.

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman turut tiba di lokasi kebakaran sekitar jam 5.30 petang membantu memadamkan kebakaran itu.

Menurutnya, lokasi hutan terbakar itu terletak kira-kira 100 meter dari Kampung STC di sini.

 ??  ?? USAHA MEMADAM: Anggota APM berusaha memadam kebakaran sebuah hutan
berdekatan Kampung STC di Sri Aman petang kelmarin.
USAHA MEMADAM: Anggota APM berusaha memadam kebakaran sebuah hutan berdekatan Kampung STC di Sri Aman petang kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia