Utusan Borneo (Sarawak)

Prasarana sukan dibina untuk belia beriadah dan bersukan dengan aktif

-

KUCHING: Kerajaan negeri telah membina pelbagai prasarana sukan untuk memastikan masyarakat khususnya golongan belia dapat beriadah dan bersukan dengan aktif.

Menurut Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, di kawasan DUN Samariang contohnya pelbagai prasarana sukan telah dibina menggunaka­n peruntukan disediakan kerajaan negeri.

“Banyak projek pembanguna­n fizikal di kawasan terfokus kepada pembanguna­n utnuk kebaikan belia.

“Banyak padang futsal kita bina melalui projek RTP (Projek Transforma­si Luar Bandar) melalui peruntukan diberikan kerajaan negeri supaya anak-anak kita ada tempat beriadah dan bersukan.

“Kita bina dewan menggunaka­n dana kerajaan supaya digunakan untuk bermain badminton, bola jaring, pingpong dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penutupan & Penyampaia­n Hadiah Karnival Sukan SABERKAS (KASUS) Samariang 2019 di Dewan Serba Guna Kampung Semariang Batu, Petra Jaya kelmarin.

ADUN Samariang itu juga menyeru agar golongan belia di kawasan itu memanfaatk­an sepenuhnya prasarana sukan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan riadah.

Katanya, melalui penganjura­n KASUS belia dapat menonjolka­n bakat mereka dalam sukan sekali gus membantu mengelakka­n mereka daripada terjebak dalam gejala sosial seperti penyalahgu­naan dadah, berlumba haram dan sebagainya.

Justeru, Sharifah Hasidah menyokong agar KASUS dijadikan aktiviti tahunan SABERKAS N7 Samariang.

“Walaupun di peringkat negeri kita belum bercadang menganjur setiap tahun, kita di Samariang akan buat.

“Saya yakin anda semua dapat menyokong usaha N7 Samariang dalam melaksanak­an program-program yang baik seperti ini.

“SABERKAS merupakan platform yang baik untuk membawa belia dan anak kita menyertai program seperti ini,” katanya.

Terdahulu, pengerusi penganjur Sulhie Salleh berkata KASUS Samariang 2019 diadakan dari 6 hingga 8 September disertai 1,148 belia dari kawasan Samariang.

Menurutnya, lima sukan dipertandi­ngkan selama tiga hari karnival iaitu bola sepak sembilan sebelah, futsal, bola jaring, e-sports dan larian santai 3km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia