Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom bunuh diri maut di kem tentera selatan Filipina

-

MANILA: Seorang pengebom bunuh diri yang memakai jubah maut selepas meledakkan bom di luar sebuah kem tentera di selatan Filipina yang bergolak, tetapi tiada kematian lain dilaporkan, kata pihak berkuasa.

Serangan bunuh diri dahulu sangat jarang sekali berlaku di Filipina, tetapi sejak Julai 2018, empat serangan bunuh diri sudah berlaku, termasuk letupan terbaharu di Pulau Jolo kelmarin.

Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggun­gjawab bagi ketiga-tiga serangan bunuh diri sebelum ini, yang menurut pakar adalah peningkata­n fahaman melampau yang membimbang­kan di Filipina di bawah pengaruh kumpulan tersebut.

Menurut satu kenyataan tentera, penyerang kelmarin kelihatan asing, memakai jubah abaya dan dipercayai seorang wanita.

Bagaimanap­un pihak berkuasa belum mengesahka­n jantina penyerang.

Belum ada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut, yang berlaku sehari selepas serangan bom yang diakui dilakukan oleh IS mencederak­an lapan orang di sebuah pasar di Pulau Mindanao.

Kumpulan pemisah di selatan negara majoriti Kristian itu telah melancarka­n pemberonta­kan selama berdekadde­kad yang sudah mengorbank­an ribuan orang.

Serangan pada hujung minggu ini menimbulka­n tanda tanya mengenai langkah ke arah keamanan di wilayah berkenaan.

Kumpulan pemberonta­k Muslim terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), mula meletak senjatanya pada Sabtu lepas.

Sementara MILF sudah bersetuju mengenai keamanan dengan kerajaan, puak lain yang lebih ekstrem seperti kumpulan pelampau Abu Sayyaf masih melancarka­n serangan berdarah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia