Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat ditemui terdampar di atas batu di Sungai Labik

-

LAWAS: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang mencari tiga pemancing yang dikhuatiri hilang di laut petang Isnin lalu, menemukan satu mayat yang terdampar di atas batu di kawasan Sungai Labik.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman selaku komander operasi memberitah­u, mangsa yang dijumpai pasukan SAR pada jam 8.35 pagi semalam dikenali sebagai Yeu Chee Tiong, 30.

“Mayat mangsa telah dikenal pasti abangnya sendiri, Yeu Dhee Chai.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lawas menggunaka­n kenderaan polis,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitah­u, sebelum itu, mangsa, bersama dua lagi rakannya, yang dikenali sebagai Mohd Amirul Bakar, 26 dan Farouk Arina Ahmad Sabri, 29, telah keluar memancing ke laut di perairan Pulau Sari pada jam 6 pagi, 9 September, dengan menaiki sebuah perahu milik penduduk kampung.

Kehilangan ketiga-tiga mangsa telah dilaporkan oleh pemilik bot yang hanya dikenali sebagai Yusri, dari Kampung Punang, setelah salah seorang mangsa tidak menjawab panggilan beliau pada jam 4 petang itu.

Panggilan kali kedua dibuat oleh Yusri pada 5 petang juga masih tidak berjawab menyebabka­n beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, jam 6.45 petang semalam kerana bimbang keselamata­n mereka.

“Operasi mencari dan menyelamat ketiga-tiga mangsa kemudian dilancarka­n jam 8.11 malam tadi namun gagal menemukan mereka dan disambung semula pada pagi ini (semalam),” katanya.

Beliau memberitah­u, operasi SAR disambung semalam bagi mencari dua lagi mangsa.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat seorang daripada tiga pemancing yang hilang di laut berhampira­n Pulau Sari, Lawas ditemui manakala dua lagi masih hilang.
DITEMUI: Mayat seorang daripada tiga pemancing yang hilang di laut berhampira­n Pulau Sari, Lawas ditemui manakala dua lagi masih hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia