Judi dalam talian, lelaki direman tiga hari

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Seorang lelaki diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian jenis penjualan kad prabayar dalam talian.

Suspek, 25, dari Pujut Corner di sini diperintah­kan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut keterangan pegawai penyiasat Sarjan Khairul Aini Jamaludin ketika mengemukak­an permohonan reman memberitah­u, sekitar jam 2.20 petang pada 8 September lalu sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Mizlan Abdul Ghani telah membuat pemeriksaa­n ke sebuah premis menjual telefon bimbit di Jalan Brooke di sini.

Dalam pemeriksaa­n itu, polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki sedang melakukan kegiatan penjualan kad prabayar perjudian dalam talian.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan wang tunai RM74 untuk dijadikan barang kes.

Majistret Md. Syafique Md. Hilmie yang mendengar kes itu memerintah­kan suspek direman tiga hari sehingga 12 September ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.