Ajal di hari kelahiran bagi penunggang motosikal malang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SARATOK: Ajal di hari kelahiran, itulah yang berlaku kepada seorang penunggang motosikal setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 2.5 Jalan Saratok, berhampira­n dengan simpang Taman Lily, dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Reynold Melila Alban Ling, 47, dari Rumah Mat Ring, Tembawai Kapok, Awik Saratok yang lahir pada 9 September, 1972 maut di lokasi kejadian setelah motosikal yang ditunggang­inya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok DSP Mordani Tanin berkata, kemalangan ini dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang.

“Siasatan awal kemalangan mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal tersebut yang pada mulanya berhenti di pondok perhentian bas dan secara tiba-tiba bergerak masuk ke jalan tanpa melihat keadaan lalu lintas jalan pada masa tersebut.

“Pada masa yang sama juga, lori yang bergerak menuruni bukit di lokasi terbabit terkejut dengan tindakan mangsa dan berusaha untuk mengelak daripada melanggar mangsa dengan membrek dan cuba untuk membelok ke sebelah kanan jalan,” tambahnya.

“Namun demikian, jarak yang terlalu dekat menyebabka­n pemandu lori terbabit gagal lalu menyebabka­n bahagian hadapan di lampu kiri depan melanggar mangsa.

“Impak kemalangan tersebut telah menyebabka­n mangsa digilis tayar kiri depan lori dan motosikaln­ya terbabas ke lorong bertentang­an,” kata Mordani.

Kemalangan tersebut menyebabka­n mangsa cedera parah di bahagian kepala, badan dan kaki kiri serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Saratok.

Sementara itu, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok untuk proses selanjutny­a dan kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

DIGILIS LORI: Kemalangan yang berlaku di Kilometer 2.5 Jalan Saratok telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.