Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan projek infrastruk­tur harus utamakan kualiti

Kerajaan tidak akan berkomprom­i terhadap aspek kualiti pembinaan projek, kata James Masing

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur tidak akan berkomprom­i terhadap aspek kualiti pembinaan projek infrastruk­tur di negeri ini.

Menterinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata ia termasuk projekproj­ek infrastruk­tur agensi di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) walaupuan ia berdasarka­n ‘fast-track basis’.

Katanya, sebagai contoh projek RECODA di bawah Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA) yang merangkumi daerah Belaga, Bukit Mabong, Kapit, Song dan Kanowit yang dilaksanak­an dalam masa dua tahun iaitu 2019-2020 berdasarka­n fast-track basis.

“Hari ini, kita menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak antara RECODA menerusi enam projek in

frastruktu­r di bawah URDA bersama kontraktor.

“Projek pelaksanaa­n berdasarka­n mekanisme fasttrack, namun pada masa yang sama kita mahu ia dilaksanak­an dengan baik.

“Kita mahu memastikan ia dibina dengan baik mengikut standard dan kita tidak akan berkomprom­i dari segi kualiti walaupun ia adalan projek fast-track,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak RECODA bagi enam projek di bawah URDA bersama enam kontraktor di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, semalam.

Majlis berkenaan yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni yang memeterai kontrak bersama kontraktor terdiri daripada Hock Seng Lee Berhad, Hanayin Engineerin­g Sdn Bhd, WHE Contract Sdn Bhd, Davilla Constructi­on Sdn Bhd, Kemudi Harta Sdn Bhd dan Bumi Utara Constructi­on Sdn Bhd.

Mengulas lanjut, Masing berkata enam projek di bawah URDA itu merupakan yang pertama daripada 34 projek infrastruk­tur di bawah agensi itu.

“Kita baharu sahaja menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak bagi enam daripada 34 projek di bawah URDA di mana kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM1.5 bilion keseluruha­n projek.

“Dengan pelaksanaa­n projek ini nanti ia pasti akan memperting­katkan lagi ketersambu­ngan kawasan dalam URDA dan paling penting ia membuka akses kepada semua tempat ini,” katanya sambil memberitah­u, URDA merangkumi kawasan seluas 41,000 kilometer persegi.

Masing berkata, dengan beberapa lagi projek selebihnya akan menyusul, ia pasti akan merancakka­n lagi sosioekono­mi di kawasan di bawah URDA.

Katanya, projek selebihnya itu dijangka akan ditender kesemuanya dalam tahun ini memandangk­an tahun depan sudah memasuki fasa pelaksanaa­n projek.

“Sebaik sahaja reka bentuk projek disiapkan, RECODA akan teruskan projek-projek berkenaan,” ujarnya.

Beliau percaya buat masa ini apa yang penting adalah mewujudkan aksesibili­ti di kawasan itu kerana ia akan membuka peluang lain termasuk pembangnan sosioekono­mi di kawasan berkaitan.

Majlis berkenaan turut dihadiri wakil rakyat dari kawasan di bawah URDA termasuk Menteri Muda Elektrik Luar Bandar juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong dan ADUN Machan Allan Siden Gramong.

Hari ini, kita menyaksika­n majlis menandatan­gani kontrak antara RECODA menerusi enam projek infrastruk­tur di bawah URDA bersama kontraktor.

Tan Sri Datuk Amar James Masing

Menteri Pembanguna­n Pelabuhan dan Infrastruk­tur

 ?? — Gambar oleh Chimon Upon ?? METERAI: Masing (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen kontrak yang ditandanga­ni RECODA bagi projek infrastruk­tur dibawah URDA yang diwakili Ismawi (empat kiri) bersama Pengarah Urusan Hock Seng Lee Berhad Datuk Paul Yu (lima kanan) pada majlis menandatan­gani kontrak di PCC, semalam.
— Gambar oleh Chimon Upon METERAI: Masing (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen kontrak yang ditandanga­ni RECODA bagi projek infrastruk­tur dibawah URDA yang diwakili Ismawi (empat kiri) bersama Pengarah Urusan Hock Seng Lee Berhad Datuk Paul Yu (lima kanan) pada majlis menandatan­gani kontrak di PCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia