Utusan Borneo (Sarawak)

Kejadian kebakaran terbuka di Sarawak terkawal

Punca jerebu ketika ini adalah daripada aktiviti pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia

- Oleh Patricia Gari

Kejadian jerebu dijangka kekal sehingga berlakunya peralihan monsun pada Oktober depan.

KUCHING: Kontroler Kualiti Alam Sekitar Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Justine Jok Jau Emang berkata kejadian kebakaran terbuka di Sarawak terkawal.

Beliau memberitah­u, punca jerebu melanda negeri ini ketika ini adalah daripada aktiviti pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia.

“Kejadian jerebu dijangka kekal sehingga berlakunya peralihan monsun pada Oktober depan.

“Walaupun punca utama jerebu di Sarawak khasnya dari Kalimantan, NREB meminta kerjasama orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka supaya tidak memburukka­n lagi keadaan,” katanya menerusi

Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB

kenyataan akhbar semalam.

Justine berkata NREB juga telah membekukan pengeluara­n permit pembakaran terbuka sejak April tahun ini dan mereka yang didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka akan dikenakan tindakan undangunda­ng.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mengurangk­an aktiviti-aktiviti luar sepanjang tempoh berjerebu selain menjaga kesihatan seperti minum air masak dengan banyak.

Selain memberi kesan negatif kepada kesihatan katanya, jerebu juga boleh menjejaska­n aktiviti sosio ekonomi.

Sementara itu, Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata setakat jam 4 petang semalam, tiada titik panas (pembakaran terbuka) dikesan di negeri ini, 255 di Kalimantan dan 391 di Sumatera.

Setakat jam 5 petang semalam, hanya tiga kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Kuching (141), Samarahan (119) dan Sri Aman (176).

Manakala 10 kawasan iaitu Limbang, ILP Miri, Miri, Samalaju, Bintulu, Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei dan SK Kuala Baram 2 mencatat bacaan IPU sederhana iaitu antara 53 hingga 86.

Justine Jok Jau Emang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia