Utusan Borneo (Sarawak)

409 sekolah di Sarawak ditutup berikutan IPU melebihi 200

-

KUCHING: Sebanyak 409 sekolah di sembilan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini ditutup semalam berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 pada Isnin.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataann­ya memberitah­u, penutupan sekolah itu sekali gus menjejaska­n sesi pembelajar­an 157,479 pelajar daripada 62 sekolah menengah dan 347 sekolah rendah di negeri ini.

Daripada jumlah itu, PPD Padawan mencatat jumlah sekolah tertinggi dengan 101 sekolah ditutup melibatkan 46,572 pelajar daripada 15 sekolah menengah dan 86 sekolah rendah

Manakala PPD Kuching mencatat 87 sekolah ditutup melibatkan 60,509 pelajar daripada 26 sekolah menengah dan 61 sekolah rendah diikuti PPD Betong 53 sekolah dengan 14,520 pelajar daripada lapan sekolah menengah dan 45 sekolah rendah serta PPD Bau 44 sekolah (11,571 pelajar dari empat sekolah menengah dan 40 sekolah rendah).

Sementara PPD Sri Aman sebanyak 41 sekolah ditutup (lima sekolah menengah dan 36 sekolah rendah) melibatkan 9,828 pelajar; Lubok Antu 30 sekolah ditutup (dua sekolah menengah dan 28 sekolah rendah) melibatkan 4,943 pelajar dan Lundu 30 sekolah rendah membabitka­n 3,895 pelajar.

PPD Serian pula mencatat 20 sekolah rendah ditutup melibatkan 2,230 pelajar manakala PPD Samarahan sebanyak tiga sekolah ditutup membabitka­n 3,411 pelajar daripada dua sekolah menengah dan satu sekolah rendah.

Bagaimanap­un, jabatan itu memaklumka­n bahawa peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjalan lancar seperti yang dijadualka­n meskipun sekolah ditutup akibat jerebu.

Sementara itu, sebanyak 50,000 topeng muka diserahkan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak kepada JPN Sarawak untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Sarawak semalam.

Dalam pada itu, kualiti udara di negeri ini dilihat bertambah baik dan menunjukka­n penurunan setakat jam 5 petang semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, tiga kawasan membabitka­n Sri Aman, Samarahan dan Kuching mencatat IPU tidak sihat dengan bacaan masingmasi­ng 176, 119 dan 141.

Manakala 10 lagi kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Sibu (86), Sarikei (84), Bintulu (76), Miri (73), SK Kuala Baram 2 (73), Mukah (72), Samalaju (69), ILP Miri (68), Kapit (61) dan Limbang (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Berdasarka­n laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri pula, tiada titik panas dikesan di negeri ini, setakat jam 4 petang semalam.

Bagaimanap­un, sebanyak 255 titik panas dikesan di Kalimantan sementara di Sumatera 391 dan Brunei 0.

 ??  ?? TUTUP: Pengawal keselamata­n bersama guru SK Gita menutup pagar sekolah selepas calon UPSR memasuki sekolah itu semalam.
TUTUP: Pengawal keselamata­n bersama guru SK Gita menutup pagar sekolah selepas calon UPSR memasuki sekolah itu semalam.
 ??  ?? JAGA KESIHATAN: Guru SK Gita mengedarka­n topeng hidung dan mulut kepada murid-murid yang tiba di sekolah itu bagi menduduki peperiksaa­n UPSR semalam.
JAGA KESIHATAN: Guru SK Gita mengedarka­n topeng hidung dan mulut kepada murid-murid yang tiba di sekolah itu bagi menduduki peperiksaa­n UPSR semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia