Utusan Borneo (Sarawak)

MYPerodua Nation 2019 buka tirai bermula 22 Sept

-

KUCHING: MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya kepada orang ramai bermula 22 September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, dengan sasaran sekitar 25,000 pengunjung bagi tiga hari acara tersebut berlangsun­g nanti.

Menurut kenyataann­ya semalam ia merupakan karnival Perodua terulung yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk memaparkan pelbagai keluaran Perodua.

“Setelah berlangsun­g dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjika­n hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronok­kan di sini buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad.

“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori,” tambahnya.

Bagi kemudahan kepada pelanggann­ya di sini, seluruh rangkaian produk dan perkhidmat­an Perodua akan turut menyertai.

Ia termasuk Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.

Rakan-rakan kewangan dan insurans juga menyertai untuk memudahkan proses pembelian.

“MYPerodua Nation 2019 memberi peluang untuk pihaknya menjalin hubungan akrab dengan para pelanggan.

“Justeru, kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsun­g,” kata Zainal.

Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma dan memandu uji model-model terkini Perodua.

Selain merasai demonstras­i sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran ‘Perodua Journey’ serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertanding­an dan aktiviti yang menyeronok­kan.

Kanak-kanak pula disediakan ‘bungee trampolin’, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti ‘drift’ basikal roda tiga.

Terdapat juga persembaha­n dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia