Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS diminta siasat aduan harga makanan mahal semasa minggu orientasi

-

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) diminta melakukan siasatan terperinci berhubung aduan harga makanan yang dijual semasa minggu orientasi di universiti awam itu baru-baru ini.

Pembantu Khas Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sim Kiat Leng berkata beliau menerima beberapa aduan daripada pelajar baharu UNIMAS mengatakan harga makanan dijual semasa minggu orientasi tidak sepadan dengan harga dikenakan oleh katerer dilantik.

“Kami dimaklumka­n setiap pelajar baharu diberikan RM20 sehari iaitu RM4 untuk sarapan dan RM8 masingmasi­ng untuk makan tengah hari dan makan malam.

“Bagaimanap­un mereka (pelajar baharu) hanya dihidangka­n telur (goreng), nasi dan air pada harga RM4 manakala untuk makan tengah hari dan malam pelajar hanya dihidangka­n nasi dengan seketul ayam goreng. Ini tidak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii di ibu pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di sini, semalam.

Menurut Sim dengan harga tersebut pelajar boleh mendapat makanan yang lebih baik di luar iaitu sekurangku­rangnya dua sayur dan satu lauk.

“Kami amat mengambil berat isu ini kerana ia melibatkan kesihatan dan kebajikan pelajar.

“Di bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan) perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, harga terlalu mahal atau di bawah peruntukan kontrak perolehan kerajaan yang merupakan ciri kerajaan terdahulu.

“Kami berharap UNIMAS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara ini dan memberi penjelasan kepada umum mengenainy­a,” tambah Sim.

 ??  ?? MENGECEWAK­AN: Dr Yii (kiri) dan Sim menunjukka­n gambar makanan dijual kepada pelajar baharu semasa minggu orientasi UNIMAS pada sidang media di Kuching semalam.
MENGECEWAK­AN: Dr Yii (kiri) dan Sim menunjukka­n gambar makanan dijual kepada pelajar baharu semasa minggu orientasi UNIMAS pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia