UiTM Sarawak Kampus Samarahan meterai MoU dengan CPU, China

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kampus Samarahan telah menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan China Pharmaceut­ical University (CPU) dari Nanjing, China kelmarin (9 September).

Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dan Naib Presiden CPU Profesor Kong Lingyi telah memeterai MoU di kampus CPU di Jiangning.

Turut hadir Timbalan Rektor UiTM Sarawak Profesor Madya Dr Firdaus Abdullah, Profesor Khong Heng Yen dan Koordinato­r Pejabat Hal Ehwal Anataraban­gsa Dr Ellen Chung.

Kampus CPU merupakan sebuah insititusi pengajian tinggi farmasi yang ternama dan ia mempunyai sejarah dalam bidang farmaseuti­kal di China.

Ditubuhkan pada 1936, CPU mempunya 13 fakulti dan jabatan dengan pelajar seramai 150,000 orang dengan dua kampus di Xuanwumen dan Jiangning.

Menerusi MoU berkenaan kedua-dua universiti boleh memulakan siri kolaborati­f kajian, program mobiliti pelajar dan kakitangan terutama dalam bidang herba dan ubatan tradisiona­l Cina.

KERJASAMA: Dr Jamil (tiga kiri) bertukar dokumen MoU yang telah ditandatan­gani dengan Kong Lingyi (tiga kanan) sambil disaksikan yang lain di China baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.