Mesyuarat ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri membuahkan hasil

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Mesyuarat dua hari ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri diadakan di Estet Lambir A, milik Bintulu Lumber Developmen­t (BLD) ternyata membuahkan hasil memuaskan.

Pemanca Wilson Siang Lim berkata mesyuarat ketuaketua masyarakat dipimpin beliau bersama Penghulu Randi Elon dihadiri seramai 16 tuai rumah panjang di daerah Miri serta penasihat Mahkamah Adat Bahagian Miri.

Turut hadir bagi mengalualu­kan ketibaan tetamu ialah Pengurus Operasi Am Ladang BLD Lau Kung Hieng dan kakitangan­nya.

Rombongan tersebut turut dihidangka­n dengan jamuan ringan diikuti taklimat ringkas.

Menurut Wilson, program pertemuan di luar adalah sebahagian daripada pelan kegiatan ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri untuk tahun ini.

Beliau berkata pemimpin masyarakat sebelum ini menganjurk­an program serupa diadakan di Borneo Tropical Rainforest Resort.

Bagi pihak ketua-ketua masyarakat, Wilson berterima kasih kepada pengurusan BLD, khususnya Lau kerana membenarka­n mereka tinggal di rumah penginapan tetamu istimewa dan menggunaka­n kemudahan sepanjang mesyuarat itu.

“Kami amat teruja dengan pengurusan perladanga­n yang mesra, malah selepas mesyuarat kami, pengurus kanan, Jamak Chagat bersama kakitangan­nya mengaturka­n sesi bersama seperti mengadakan barbeku, karaoke dan poco-poco.

“Oleh itu, kami amat berharap dapat meneruskan hubungan kerja yang baik dengan syarikat perladanga­n BLD pada masa akan datang,” katanya.

KENANGAN: Wilson (barisan depan, lima kiri), Lau (sebelah kiri Wilson) bersama rombongan ketua-ketua masyarakat Iban daerah Miri dan kakitangan estet tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.