My Team Prihatin santuni warga Pulau Bruit

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

DARO: Persatuan My Team Prihatin tampil menghulurk­an bantuan kepada penduduk kampung di sekitar Pulau Bruit di sini, baru-baru ini.

Persatuan My Team Prihatin merupakan satu kumpulan sukarelawa­n yang terdiri daripada wakil penduduk kampung sekitar Bruit.

Menurut wakil dari Kampung Penipah Norhayati Jelhi, sumbangan yang dihulurkan adalah dalam bentuk kerusi roda, barangan dapur dan barangan harian termasuk lampin pakai buang dewasa.

“Sumbangan diagihkan oleh sukarelawa­n daripada ahli My Team Prihatin yang berkunjung dari rumah ke rumah.

“Bantuan tersebut dikumpulka­n hasil kutipan serta sumbangan ikhlas daripada orang ramai,” katanya kepada pemberita, semalam.

Menurut Norhayati lagi, antara tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan kurang berkemampu­an di Pulau Bruit termasuk Kampung Penipah, Kampung Sebako, Kampung Semop, Kampung Betanak dan Kampung Salah Kecil.

“Diharap sumbangan yang diberikan ini sekurangku­rangnya dapat meringanka­n beban yang sedang dihadapi mereka,” ujarnya.

Sementara itu, program agihan tersebut diketuai Sebuti Juli dan disertai oleh ahli-ahli My Team Prihatin.

PERIKSA: Gambar fail menunjukka­n petugas perubatan memeriksa kanak-kanak bagi mengesan tanda-tanda HFMD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.