Utusan Borneo (Sarawak)

Projek dilulus kerajaan negeri untuk bahagian Mukah bakal meliputi Balingian

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching akan memulakan kerja menambah baik sebahagian Jambatan Tun Abdul Rahman Yakub, di sini, mulai 11 hingga 22 September 2019.

JKR Kuching melalui satu kenyataan yang dikeluarka­n semalam menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa memandu terutama ketika melalui jalan ini sepanjang tempoh kerja penyelengg­araan berlangsun­g.

“Pengguna jalan raya yang menggunaka­n jalan tersebut hendaklah mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamata­n masingmasi­ng.

Mereka juga digalak menggunaka­n laluan-laluan alternatif yang bersesuaia­n sehingga kerja menambah baik ini selesai,” ujar kenyataan tersebut. MUKAH: Sejumlah 90 peratus kawasan di Balingian bakal mempunyai bekalan air bersih dan terawat menjelang 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi berkata, projek bekalan air diluluskan oleh kerajaan negeri untuk bahagian Mukah bakal meliputi kawasannya.

“Projek bekalan air ini meliputi pekan Balingian dan Kuala Balingian serta kawasan Setuan sampai Sedupai,” katanya kepada Utusan Borneo.

Katanya, ia bukan hanya omong kosong di mana pemantauan dibuat sama ada oleh agensi pelaksana mahupun pihak kementeria­n terlibat.

Buktinya, baru-baru ini Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom hadir pada Program Turun Padang Projek Rakyat di Stesen Pam Penggalak Baharu, Balingian.

Turut serta dalam program sama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (UndangUnda­ng, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Harap rakyat bersabar ketika pelaksanaa­n semua projek yang telah diluluskan itu,” jelasnya.

Ketika ucapan perasmian stesen tersebut, Yakub telah menyuaraka­n kebimbanga­n penduduk terutama terhadap keperluan bekalan air bersih dan terawat di kawasannya.

Ini kerana pembanguna­n yang kian rancak dengan pertambaha­n bangunan seperti komersil, awam perumahan, kuarters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia