Ribuan umat Islam saksi ceramah Ustaz Kazim

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Ribuan umat Islam sekitar bandar raya Kuching membanjiri Masjid At Taqwa Gita bagi menyaksika­n Ceramah Perdana yang disampaika­n Datuk Ustaz Kazim Elias, malam kelmarin (Isnin).

Ceramah tersebut diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 2019, anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Hadir sama memeriahka­n lagi ceramah itu ialah Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kehadiran Ustaz Kazim sentiasa menjadi tumpuan ramai setiap kali kunjungann­ya ke Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.