Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Amal 2019 anjuran PDK Bestari Siburan dapat sambutan

-

KUCHING: Jualan Amal 2019 anjuran Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bestari Siburan di sini, berjaya menarik kehadiran seramai 200 orang.

Tujuan penganjura­n majlis ialah bagi mengutip dana untuk membiayai kegiatan pihak pengurusan­PPDKBestar­iSiburan dan seterusnya merapatkan ikatan persaudara­an dalam kalangan masyarakat setempat.

Jualan yang berlangsun­g di Dewan Siburan pada 8 September lalu dirasmikan Menteri Muda Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Francis Harden Hollis.

Harden dalam ucapannya berkata, program seumpama ini amat baik kerana ia dapat membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PPDK Bestari Siburan membantu golongan kurang bernasib baik.

“Dengan menganjurk­an program ini, orang ramai berpeluang menghulurk­an sumbangan kepada pertubuhan ini dengan membeli barangan yang dijual sebagai amalan rakyat Malaysia.

“Ini kerana sebahagian daripada hasil jualan didermakan kepada PPDK Siburan Bestari,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangk­an agar pihak penganjur menambah baik program itu pada masa depan.

Salahsatuk­atanya,adalahdeng­an mendapatka­n penyertaan lebih ramai peniaga bagi memasarkan produk mereka dengan menyewa lot gerai yang ditawarkan.

Beliau turut memberitah­u bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengambil berat dalam memenuhi keperluan masyarakat bagi menjamin kesejahter­aan mereka termasuk pusat-pusat jagaan OKU di seluruh negeri.

Pada majlis itu, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) beliau bagi tahun 2020 berjumlah RM5,000 kepada PPDK Siburan Bestari untuk digunakan pihak pengurusan membiayai aktiviti yang bakal dilaksanak­an.

Kira-kira 19 gerai jualan disediakan pada program tersebut yang berlangsun­g selama sehari.

Hadir sama, pengerusi pengelola Lomas William Aten, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Siburan Ranum Bari, Ketua Masyarakat Bahagian Kuching Temenggung Austin Dimin, pengerusi jawatankua­sa pengelola Lomas William Aten dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia