Penganjura­n KIMF 2019 kukuhkan lagi perpaduan, toleransi di Sarawak

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUCHING: Penganjura­n Kuching Intercultu­ral Mooncake Festival (KIMF) 2019 akan mengukuhka­n lagi perpaduan dan toleransi pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata demikian dan mengucapka­n penghargaa­n atas jemputan pihak penganjur KIMF 2019 baru-baru ini.

“Saya sentiasa menyokong dan gembira melihat pelbagai acara yang dianjurkan.

“Sebagai sebuah Bandar Raya Perpaduan dengan kepelbagai­an, ia jelas memberi makna yang mendalam dan menjadi contoh kepada bandar-bandar lain di sini,” katanya dalam kenyataann­ya kelmarin.

Semangat perpaduan di Sarawak dapat dilihat dengan nyata dan persahabat­an antara kaum jelas dapat dilihat di mana-mana sahaja.

Justeru, ia perlu dilindungi dan menjadi identiti rakyat di sini, tegasnya.

Dengan autonomi politik yang dicapai menerusi pembentuka­n Gabungan Parti Sarawak (GPS), bakal memperjuan­gkan MA63.

Beliau juga mempunyai kepercayaa­n penuh bahawa entiti politik di Putrajaya akan memenuhi keperluan kita kerana semangat perpaduan yang wujud di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.