Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan dibuka untuk Asnaf Health Ride 2019 Sibu pada 14 September

-

SIBU: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) akan mengadakan program Asnaf Health Ride 2019 Sibu pada 14 September ini, di pekarangan Kompleks Islam Sarawak, Sibu.

Pengurus Besar TBS Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program tahunan itu akan dihadiri lebih daripada 800 pengunjung yang melibatkan peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah aktiviti berbasikal sepanjang 16 kilometer, aerobik, ‘free market’, aktiviti bersama asnaf, pameran kereta dan motosikal klasik, saringan kesihatan dan pertunjuka­n simulasi dron.

“Sehubungan itu, kita mengalu-alukan orang ramai datang untuk memeriahka­n program tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, baru-baru ini.

Satu mesyuarat mengenai program tersebut turut diadakan di sini semalam, yang dipengerus­ikan Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi.

Abang Shibli berkata, antara objektif utama adalah untuk menyemai dan mentarbiah­kan masyarakat dengan budaya suka menyumbang kepada golongan memerlukan bantuan.

Sehubungan itu, pihak TBS telah menjemput 30 asnaf di sekitar bandar Sibu dan 70 penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia untuk menerima sumbangan.

“Di samping itu, kita juga menyediaka­n ‘free market’ untuk membuka peluang kepada masyarakat umum agar bersama-sama menyumbang pakaian, makanan dan seumpamany­a kepada pihak yang memerlukan bagi merealisas­ikan objektif tersebut,” ujarnya.

Abang Shibli menambah, para peserta program Asnaf Health Ride 2019 Sibu juga akan dibawa menyantuni beberapa rumah asnaf semasa aktiviti berbasikal tersebut berlangsun­g.

“Aktiviti ini juga bertujuan menyuburka­n lagi perpaduan dan kehamornia­n dalam kalangan masyarakat majmuk yang sedia terjalin sekian lama dan wajar dipertahan­kan demi kedamaian serta kesejahter­aan untuk terus terpelihar­a,” katanya.

Turut hadir Ketua Cawangan Kanan TBS Bahagian Sibu/Sarikei Ali Mat, wakil Kementeria­n Kesihatan, wakil Polis Diraja Malaysia serta pegawai-pegawai TBS.

 ??  ?? MESYUARAT: Bolhassan (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat mengenai Asnaf Health Ride 2019 Sibu di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam. Turut hadir Ali (tiga kanan) dan yang lain.
MESYUARAT: Bolhassan (kiri) mempengeru­sikan mesyuarat mengenai Asnaf Health Ride 2019 Sibu di Kompleks Islam Sarawak, Sibu semalam. Turut hadir Ali (tiga kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia