Kempen keselamata­n kebakaran memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Kempen Keselamata­n Kebakaran yang dianjurkan AJ Skill Training and Developmen­t dengan kerjasama Pemansang Nembiak Rebak Baru Pakan Julau (PNRB) dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam memberi pendedahan kepada masyarakat berhubung keselamata­n kebakaran.

Malah program itu turut memberi pendidikan kepada umum dalam membentuk sebuah masyarakat yang mengamalka­n budaya mencegah kebakaran khususnya di rumah panjang.

Pengarah AJ Skill Training and Developmen­t Tedong Chakw berkata, kempen seumpama itu adalah kali yang ketiga diadakan berikutan insiden kebakaran yang kerap berlaku terutama membabitka­n rumah panjang kebelakang­an ini.

Katanya, pendedahan awal kepada masyarakat membolehka­n tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko berlaku perkara tidak diingini.

“Kita memikirkan betapa penting aspek keselamata­n bagi penduduk, khususnya mereka yang tinggal di rumah panjang.

“Kejadian kebakaran yang sering kita dengar sebelum ini, menyebabka­n penduduk kehilangan harta benda, malahan kebimbanga­n kita adalah ia membawa kesan kepada nyawa jika kempen ini tidak diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Kempen Keselamata­n Kebakaran di Rumah Bali Ambu, Sungai Nyaru, Nungang Pakan di sini.

Sementara itu lebih 50 penghuni rumah panjang berkenaan hadir pada program berkenaan.

Tedong dalam masa yang sama berharap Jabatan Bomba dan Penyelamat menyediaka­n kemudahan alat pemadam api di setiap rumah panjang sementara menunggu pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di daerah berkenaan.

Beliau juga berharap pihaknya dapat bekerjasam­a dengan pihak bomba dan penyelamat dalam memperbany­akkan lagi kempen keselatan kebakaran di kawasan Pakan pada masa akan datang.

Baru-baru ini PNRB turut menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Andrew Lawai di Jagoi Lama, Pakan.

Pada 3 September lalu, seramai 20 penghuni rumah panjang berkenaan melalui detik cemas apabila tujuh pintu rumah panjang tersebut musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 8.50 malam.

TAPAK BAHARU: Romeo bersama penduduk ketika majlis pecah tanah tapak rumah panjang baharu.

TAMBAH PENGETAHUA­N: Antara penduduk rumah panjang yang hadir pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.