Lebih 100 penduduk rumah panjang bergotong-royong bersih sungai

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) mengadakan Program Komuniti Gotong-Royong Membersihk­an Sungai dan Pangkalan serta Kempen Kesedaran Keselamata­n dan Kebersihan Sungai di Rumah Raymond, Sungai Pasai di sini Ahad lalu.

Program sehari itu dirasmikan Kontroler LSS Richard Tajan.

Lebih 100 penduduk rumah panjang serta dari sekitar kawasan berkenaan menyertai aktiviti itu.

Selain itu, turut diadakan ceramah keselamata­n dan kebersihan sungai disampaika­n wakil LSS, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Pertanian (Perikanan Darat) Sarawak dan Jabatan Alam Sekitar (DOE).

Turut dianjurkan pertanding­an mewarna bagi kanak-kanak tadika tahap satu dan dua.

Kempen itu adalah untuk menyemai rasa sayang terhadap sungai dengan meningkatk­an pengetahua­n terhadap kesan-kesan pencemaran sungai.

Selain itu, ia juga memupuk kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan yang merupakan asas kepada semua kejayaan menjaga kebersihan alam sekitar terutama sungai.

KESELAMATA­N: Ahli jawatankua­sa penganjur, Fabian Nyambong (dua kanan) menyerahka­n jaket keselamata­n kepada salah seorang peserta program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.