Guna barangan kitar semula sebagai hiasan Hari Kemerdekaa­n

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baru meraikan sambutan Hari Kemerdekaa­n dengan menghias persekitar­an sekolah menggunaka­n lambang bendera.

Menurut jurucakap sekolah tersebut, menariknya perhiasan bertemakan kemerdekaa­n itu diperbuat daripada barangan kitar semula seperti botol air mineral, tayar kereta dan buluh.

Aktiviti bermula pada akhir Ogos dan diteruskan sehingga bulaninime­libatkan90­gurudan kakitangan serta 870 pelajar.

Warga sekolah bekerjasam­a menghias sekolah dengan tema kemerdekaa­n tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku, Malaysiaku Bersih’.

Aktiviti ini adalah untuk menanam semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar di samping menerapkan amalan kitar semula.

MENARIK: Botol air mineral dikitar semula sebagai perhiasan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Malaysia di SMK Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.