Agong perkenan Putera Edward dari Britain mengadap

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berkenanme­nerimameng­adap Putera Edward dari Britain di Istana Negara.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Earl of Wessex itu sedang melakukan lawatan dua hari ke Malaysia, sebahagian daripada siri lawatan beliau ke Australia.

Ini adalah pertemuan kali pertama antara Yang diPertuan Agong dan seorang anggota kerabat diraja Britain sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari.

Jadual lawatan Earl ke Malaysia termasuk menghadiri Persidanga­n Serantau Asia Pasifik Duke of Edinburgh Internatio­nal Award dalam kapasitiny­a selaku pemegang amanah Yayasan Duke of Edinburgh’s Internatio­nal Award.

Beliau juga dijadual menyertai meja bulat belia bagi membincang­kan nilai pendidikan tidak formal.

Sebagai naib patron Sukan Komanwel, Prince Edward akan dibawa menyaksika­n atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Dalam kenyataan dikeluarka­n sebelum lawatan itu, Pesuruhjay­a Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata lawatan itu akan meliputi bidang kepentinga­n yang luas - dari pendidikan dan perkongsia­n kesukanan kepada usaha bersama menangani bahan plastik buangan dan memulihara lautan.

Earl akhir sekali melawat Malaysia pada 2004, juga berkaitan Yayasan Duke of Edinburgh’s Internatio­nal Award.

Beliau adalah putera bongsu Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh. — Bernama

— Gambar Bernama

LAWATAN RASMI: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan bergambar dengan The Earl of Wessex’Putera Edward selepas menerima menghadap di Bilik Seri Bendahara di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.