Utusan Borneo (Sarawak)

Kaedah gabung sawah dapat hapuskan kemiskinan pesawah

Penanaman besar-besaran libatkan kepakaran, kemahiran pertanian

-

ALOR SETAR: Masalah kemiskinan yang membelengg­u golongan pesawah padi akan hanya dapat diatasi jika mereka bersedia menerima kaedah menggabung­kan tanah sawah mereka untuk diusahakan sebagai estet perladanga­n, kata Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Perdana menteri berkata mempelajar­i daripada kejayaan penggabung­an tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik-pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanak­an penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.

“Dengan pendekatan baharu yang dicadangka­n oleh kerajaan, kita percaya tenaga mahir dan terlatih boleh sumbang kepada industri padi dan menghapusk­an kemiskinan,” katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Padi Kebangsaan di sini.

Menurutnya pendekatan baharu itu akan turut melibatkan penggunaan jentera moden selain memaksimum­kan guna tanah dengan memperuntu­kkan sebahagian kawasan untuk penanaman sayur-sayuran dan penternaka­n haiwan.

“Jika cara ini diterima, saya yakin pesawah tidak akan lagi kekal dalam kemiskinan. Hari ini kita mengimport

Jika cara ini diterima, saya yakin pesawah tidak akan lagi kekal dalam kemiskinan. Hari ini kita mengimport (makanan) RM60 billion. Dengan menggunaka­n teknik moden, tanah yang luas tidak diperlukan… hasilnya tetap lebih banyak dan akan dapat menggantik­an sayur-sayuran yang diimport.

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri

(makanan) RM60 bilion. Dengan menggunaka­n teknik moden, tanah yang luas tidak diperlukan… hasilnya tetap lebih banyak dan akan dapat menggantik­an sayur-sayuran yang diimport,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia