Malaysia akan guna 5G sepenuhnya menjelang 2023

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

JAKARTA: Malaysia sedang berusaha untuk menggunaka­n sepenuhnya teknologi 5G menjelang 2023, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata Malaysia percaya penggunaan teknologi itu akan memudahkan usaha kerajaan untuk memperbaik­i kehidupan rakyat serta menjadi pemangkin pembanguna­n Malaysia.

“Malaysia merupakan antara beberapa negara di rantau ini yang menerima baik pemakaian teknologi 5G.

“Tahun lepas kami menubuhkan Pasukan Petugas 5G. Pasukan petugas ini telah pun mengemukan laporan jangka pertengaha­nnya tentang proses Malaysia kearah penggunaan 5G,”katanya dalam ucapannya pada persidanga­n serantau mengenai Diplomasi Digital (RCDD) di Jakarta di sini semalam.

RCDDmengum­pulkanpara menteri, pegawai kerajaan, ahli fikir dan ahli akademik dari semua negara anggota ASEAN, serta Australia, India, Jepun, New Zealand, China dan Korea Selatan untuk membincang­kan dan berkongsi amalan terbaik mengenai penggunaan media baharu untuk diplomasi yang berkesan.

Ia juga memberi peluang kepada negara-negara peserta untuk melihat inisiatif dan kaedah baru dalam meningkatk­an lagi diplomasi, dan dalam memupuk kerjasama serantau dalam diplomasi digital.

Malaysia menganggap teknologi digital sebagai faktor pemacu untuk inovasi dan pertumbuha­n dalam banyak bidang penting. Sudah tentu, termasuk diplomasi.

“Walaupun kita berpegang kepada kebebasan yang datang dengan digitalisa­si dunia, kita juga harus berhati-hati terhadap impaknya terhadap keselamata­n serantau kita,” kata Marzuki.

Walaupun atas kepentinga­nnya, tadbir urus media sosial yang berkesan terus mengelak dari kita pada ketika di mana tindakan keganasan, ekstremism­e, kebencian dengan mudah disebarkan melalui platform digital ini.

Marzuki berkata adalah penting bagi tadbir urus media sosial untuk mengekalka­n keharmonia­n dalam negara, serta dengan negara lain.

Dalam hal ini, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarka­n ‘sebenarnya.my’ pada Mac 2017, sebuah portal yang didedikasi­kan untuk mengesahka­n penyebaran berita di media sosial.

Dengan slogan, ‘Tidak pasti, jangan kongsi’, portal ini berguna untuk membantu rakyat Malaysia membezakan antara fakta dengan yang palsu. katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.