Utusan Borneo (Sarawak)

PKS boleh bermula kecil-kecilan terima pakai Industri 4.0: MDEC

Utamakan transforma­si segmen yang berpotensi terlebih dahulu

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak seharusnya melihat pelaburan besar sebagai halangan bagi mereka untuk menerima pakai Industri 4.0 kerana mereka mempunyai pilihan untuk bermula secara kecilkecil­an.

Pengarah Ekonomi Data Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC) Ir Dr Karl Ng Kah Hou berkata PKS boleh mengambil pendekatan mengutamak­an segmen yang mempunyai potensi untuk ditransfor­masikan terlebih dahulu, bagi membantu menjana produktivi­ti dan kecekapan dengan lebih baik lagi.

“Bagaimanap­un, syarikatsy­arikat perlu faham sebelum menerima pakai Industri 4.0, mereka perlu mempunyai data terlebih dahulu, bukan data raya tetapi data berkualiti, yang mungkin dalam bentuk dan kuantiti yang berbeza, kerana tanpanya, kita tidak boleh memproses sebarang maklumat, sama ada teks, visual, suara, angka dan sebagainya.

“Ini juga penting kerana alasan bagi menggunaka­n data adalah untuk mendapatka­n maklumat tertentu, yang kemudianny­a diproses untuk membuat unjuran bernilai dan mendapatka­n keputusan seperti yang dikehendak­i,” kata Ng kepada Bernama.

Industri 4.0 adalah konsep di mana mesin diperkuatk­an dengan kesalinghu­bungan dan sensor tanpa wayar, yang dihubungka­n kepada satu sistem yang boleh menggambar­kan keseluruha­n barisan pengeluara­n dan membuat keputusan sendiri.

Ng berkata, syarikat-syarikat perlu mengetahui apa yang mereka mahu capai dan mesti bersedia untuk melabur masa, wang dan kepakaran bagi mengumpulk­an data berkualiti, membina sistem prasarana dan mendapatka­n instrumen yang sesuai bagi membolehka­n data diproses.

“Sebagai contoh, jika anda mahu menyisihka­n benda tertentu dalam proses pembuatan anda, anda mungkin mahu menggunaka­n sensor automatik untuk mengenal pasti saiz, berat, kandungan dan pembungkus­an barang yang betul.

“Ini akan memerlukan anda mengumpulk­an maklumat berharga (data) berkaitan dengan barang itu sebelum memprogram­kannya dan sebelum proses pengisihan berlaku mengikut keutamaan anda,” katanya.

Mengenai perkara berkaitan, beliau berkata, MDEC sentiasa bekerjasam­a dengan penyedia teknologi tempatan untuk membantu perniagaan beralih kepada Industri 4.0.

“Kebanyakan pemain teknologi dan maklumat (IT) yang bekerjasam­a dengan kami, mereka membangunk­an sistem mereka sendiri dalam analisis data raya, pengkomput­eran awan dan kejurutera­an data. Bagaimanap­un, oleh kerana trend Industri 4.0 ini berkembang dengan sangat pantas, akan ada lebih banyak permintaan terhadap penganalis­is data, saintis data dan jurutera data oleh syarikat-syarikat.

“Justeru, memandangk­an lebih banyak perkhidmat­an akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat, kami menjangkak­an kos transforma­si digital akan berkuranga­n secara perlahan-lahan, menjadikan syarikat mampu untuk memulakann­ya,” katanya.

Menurut Ng, sebagai agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menerajui ekonomi digital negara, MDEC mengalu-alukan syarikat untuk mendapatka­n pengetahua­n, latihan, menyertai dalam pelbagai program dan mendapatka­n nasihat mengenai Revolusi Industri 4.0 daripada agensi tersebut.

Sejajar dengan objektifny­a, beliau berkata MDEC menganjurk­an Minggu Kecerdasan Buatan (AI) & Data (AIDW) 2019 (sebelum ini dikenali sebagai Minggu Data Raya) bermula 9-15 September.

Program tersebut yang memasuki tahun keenamnya, menyediaka­n pelbagai acara dengan MDEC menjadi fasilitato­r, manakala perancanga­n aktiviti akan dijalankan oleh 4,000 penganjur bebas, bagi PKS dan pelajar.

“Memandangk­an kita menyasar menjadikan Malaysia sebagai hab digital serantau bagi AI dan data, acara-acara yang dianjurkan akan menekankan tentang kepentinga­n dan konsep data sebagai asas bagi Industri 4.0.

“Pada masa yang sama, ia juga akan memperkena­lkan aplikasi pembelajar­an mesin dalam AI yang memerlukan analisis data yang mengautoma­sikan binaan model analisis,” kata Ng. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia